waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Friday, April 29, 2011
Berjanjilah untuk berjaya
.


Assalamualaikum & $elamat $ejahtera, Salam 1Malaysia.
.




"OPPORTUNITY" (PELUANG)
.
.
PENDAFTARAN DITUTUP: KURSUS POLA 38 PADA 7 DAN 8 MEI. Kepada mereka yang telah mendaftar sebelum ini (Kod TD, TA atau TB), anda dijemput hadir pada 7 Mei jam 2.30 petang. Jumpa anda di sana! Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk hadir, kursus seterusnya mungkin Julai nanti akan diberitahu.


.

PETA TEMPAT KURSUS POLA 38: Di pejabat cikgu A-D beralamat no 69B, Tingkat 2, atas Bank Simpanan Nasional Pekan Meru, Jalan Meru, Klang, Selangor. Pekan Meru (bukan terletak di bandar Klang) terletak berhampiran dengan Tesco Setia Alam, Giant & Klang Sentral. Ianya juga laluan ke Kapar atau Puncak Alam. Dari KL gunakan NKVE menuju ke Klang dan keluar di susur Setia Alam/ Meru dan selepas bayar tol jalan terus sehingga jumpa flyover yang mana anda perlu U-turn dibawah flyover tersebut untuk pergi ke jalan sebelah sana dan sampai melalui Giant/ Mc Donald dan terus hingga berjumpa Petronas dan terus berjumpa RHB bank di sebelah kiri yang mana BSN adalah diseberang jalannya. Jika memerlukan bantuan perjalanan tersesat pada hari tersebut, hubungi 016 624 9666.

.

Jika anda ingin bermalam di hotel sekitar Pekan Meru, terdapat 2 buah hotel kecil berdekatan iaitu di Klang Sentral;

Hotel 1st - tel no: 03 3341 3111.

Hotel STAR - tel no: 03 3343 8000.

.

Untuk pengangkutan awam, cari perkhidmatan bas ke Klang Sentral dan kemudian menaiki bas ke Pekan Meru. Jika menggunakan komuter berhenti di bandar Klang, perlu berjalan kaki ke stesen bas bandar Klang dan menaiki bas ke Pekan Meru.
.

double click gambar untuk besarkan imej
























.
-------------------------------------------------------------------------------------------------.
TESTIMONI WAKTU DOA KEKAYAAN 28 APRIL: "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

.

Nantikan waktu berdoa kekayaan untuk bulan Mei. Terdapat 12 waktu berdoa kekayaan!

.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

.



"The most important time to have faith in yourself is when no one else does"

- Christopher Ammirati





















.




"It doesn't matter if you have to take a longer path to make your dreams come true. What matter the most is the efforts you have made for this special day"

- Evelyn Ha











.




"If you miss an opportunity, don't close your eyes with tears; keep your vision clear so that you will not miss the next one."















.

Salam Kejayaan:

Cikgu EddyRosyadi / Cikgu A-D

Rakan Konsultan Kehidupan, Perniagaan dan Organisasi Anda
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 8:33 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Saturday, April 23, 2011
Kejayaan dalam genggaman anda
.
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera & Salam Kejayaan 1Malaysia.
.

.
TESTIMONI TEKNIK ARAH KATIL TIDUR: baru tadi Cikgu A-D dapat panggilan maklumbalas dari seorang peserta yang meendapatkan sesi konsultansi bersama cikgu A-D pada minggu lepas menyatakan kegembiraan mendapat satu semangat baru sebaik sahaja mengubah kedudukan katil di bilik tidur beliau. Katanya, dari arah yang dicadangkan, katil telah diubah tempat dan kini bilik dirasakan lebih luas dan lebih sejuk berbanding sebelum ini dan kini tidak lagi ada perasaan tertekan, bergaduh suami isteri dan bakal mendapat beberapa peluang baru. Sebenarnya tahun lepas dan sebelumnya beliau berada di kitaran 7 dan 8 memang sangat tertekan jiwa raga hingga hampir putus asa. Tetapi tidak mudah menyerah kalah kerana telahpun belajar kaedah pernomboran dan graf sebelum ini... begitulah kita manusia akan melalui fasa-fasa turun naik kehidupan maka ikhtiarlah menggunakan kaedah pernomboran dinamik dan graf di sini.
.
Setakat sudah ada beberapa kes yang mana kedudukan katil dan warna bilik tidur menjadi petunjuk menjelaskan kenapa seseorang itu berasa tertekan dan seumpamanya, jadi kita ikhtiarlah menggunakan kaedah pernomboran di sini...tidur yang cukup, tidur yang nyenyak membawa tubuh badan yang sihat dan tubuh badan yang sihat menjadikan kita lebih segar dan bertenaga untuk mendapatkan kejayaan. Tidur yang tak cukup tentunya memenatkan anda dan jatuhlah anda dala kesukaran hidup. Jom ubah tempat katil anda!
.
Jangan lupa waktu berdoa kekayaan pada malam ini 28 April. Pada bulan Mei depan terdapat 12 waktu berdoa power - nantikan pengumumannya. Ada 2 waktu berdoa malam Jumaat juga!.
.
Acer Iconiatab: Cikgu A-D baru sahaja memiliki komputer tablet touchscreen untuk memudahkan cikgu A-D membuat kerja di mana-mana berbanding sebelum ini terikat dengan laptop yang agak berat dibawa ke mana mana. Sekarang ini sedang menungu mesyuarat tapi sempat update blog.
.

Kis
ah pola 38: semalam isteri cikgu A-D sudah menyiapkan e-hasil LHDN dan tak disangka terlebih bayar RM900 bermakna kerajaan kena bayar balik RM900 kepadanya. Rezeki tu semenjak saya amalkan teknik pola 38 kepada isteri ada rezeki mudah untuknya. Kursus pola 38 pada 7 dan 8 Mei nanti akan dikongsikan dengan anda. Juga terdapat satu petua baru gabungan 3 nama asmaulhusna untuk rezeki yang mudah - dari satu kitab lama.
.
Semalam cikgu A-D ke Plaza Alam Sentral untuk mencari komputer tablet Acer. Cadangan awal nak parkir belakang plaza tepi jalan tapi sampai di sana rupanya ada pihak MBSA sedang operasi saman kereta parkir tepi jalan jadi parkir di tempat lain dapatlah elak disaman. Kemudian semasa mencari komputer tablet tu rupanya stok terakhir jadi dapat jugalah beli dan bawa balik... begitulah hasil dari amalan pola 38 yang membantu kita dalam pelbagai urusan.
.
Testimoni: "...saya dah buat percubaan tentang tarik nafas...saya dah lakukannya dalam solat, hasilnya solat lebih kushuk, t kasih atas teknik tersebut..."
.
Teknik pernafasan ada diajar dalam kursus pola 38 pada 7 Mei (asas teknik) dan seterusnya pada 8 Mei (lanjutan teknik).Jadi amalan pola 38 juga ada manafaat dalam ibadah juga.
.
Amalan pola 38 penyelamat : tidak semua apa yang anda nak dapat sebaliknya apa yang tak dapat itu ada hikmahnya - amalan pola 38 untuk pastikan hidup anda lancar. Ini terjadi semasa Cikgu A-D berada di China lalu yang mana Cikgu A-D teringin nak ke Suzhou untuk shopping tapi tak kesampaian jadi semasa hari terakhir nak balik Malaysia ada duit lebih dan ingatkan nak habiskan di kedai duty-free. Tetapi semasa check-in didapati beg-beg cikgu A-D terlebih berat dan kena bayar excess luggage fee. Nasib baik ada duit lebih tadi tu dapatlah bayar kalau tidak kenalah tinggalkan 1 beg kat sana. Juga ada hikmah tak shopping lebih sangat.

.


Hadis 38: Satu daripada objektif amalan teknik pola 38 terkandung di dalam hadis 38 (daripada kitab Hadis 40). Jika diteliti hadis tersebut ada tujuan tertentu amalan "tenaga dalaman" (pola 38) dibuat. Dapatkan penjelasan di dalam kursus pola 38 pada 7 dan/atau 8 Mei nanti.
.
Tahukah anda cikgu A-D sebagai pengasas teknik pola 38 memakai seluar saiz 38? Hm gemuk lah tu! tapi begitulah angka 38.. kebetulan?
.
Testimoni teknik pola 38: Nyaris disengat lipan ditempat tidur. Cikgu A-D menerima satu SMS daripada pelajar kursus 38 di JB lalu - beliau menyatakan beberapa hari lepas terjaga dari tidur dan kemudiannya rasa gelisah dan sukar untuk tidur semula. Lalu, beliau bangun dan duduk di meja solek nampak wangian 38 lalu dipakainya, mungkin haruman boleh menenangkannya. Selepas itu, beliau kembali ke katil dan mahu bertukar tempat tidur dan apabila dialihkan satu bantal, rupanya ada seekor lipan di bawah bantal tersebut!... begitulah amalan pola 38 satu ikhtiar membantu kita dalam kehidupan, perniagaan, kerjaya dan sebagainya.
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Perihal kalau mimpi duit: klik di sini!
http://finance.yahoo.com/news/How-money-problems-show-creditcards-220971237.html?x=0
.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
.
TAHUN MAKANAN & PENDIDIKAN: Semenjak tahun lepas 2010, cikgu A-D telah berpesan tahun 2011 adalah tahun pendidikan dan juga makanan. Seminggu dua ini hangat dibincangkan perihal makanan di sekolah!.. kebetulan? Katanya pihak kementerian akan cadangkan 12 menu makanan di kantin sekolah, jadi sesiapa yang ada dua komponen: pendidikan dan makanan, akan dapat tempias kejayaan jika menu anda dipilih! Pandai-pandailah cari ruang dan peluang supaya anda boleh berada di tempat tersebut. Satu contoh, anak-anak cikgu A-D (dan cikgu juga) sukakan snek MAMEE Monster - tak silap dulu snek ini pernah diwarwarkan sebagai snek untuk sekolah di Australia, jadi mana tau kalau resipi makanan anda pula dijadikan snek/ menu untuk kantin seluruh malaysia. Ataupun jika anda seorang pengusaha kantin sekolah, kenalah buat perubahan menu yang menawarkan menu sihat 1Malaysia juga. Semoga berjaya!
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Testimoni Waktu Berdoa Power (waktu seterusnya pada 28 April 7.30 malam - 9.30 malam):
"Syukur kepada Allah berkat doa waktu ‘power’ dan berkat cari rezeki ikut arah mata angin yang betul rezeki pun bertambah. Sejak 2007 buka cawangan... saya tak pernah bayar zakat tetapi sejak saya ambil alih sepenuhnya jaga pejabat ni saya ambil masa 6 bulan sahaja dah mampu bayar zakat dan terbaru mampu beli emas, Kepada Allah saya bersyukur kepada En A-D saya ucapkan t kasih berkat ilmu yang saya pelajari. Allah telah mengeluarkan saya dari tempoh kesengsaraan, Allah akan membalas segala jasa En A-D."
.
Gunakanlah ikhtiar daripada kaedah pernomboran untuk membantu anda dalam kehidupan, perniagaan atau kerjaya. Jika anda serius mahu berjaya dan kaya, marilah bersama-sama mendalami potensi dan prestasi diri anda secara kaedah pernomboran di sini.
.

Kekayaan Pola 38: baru-baru ini isteri cikgu A-D menyatakan kehairanan kerana sejak awal tahun ini hingga kini ada saja rezeki masuk untuknya - dapat claim, dapat insentif, dapat merit dan sebagainya (padahal bukanlah Virtuous Star atau Kitaran 6 pun). Lalu... cikgu A-D bukalah satu rahsia amalan yang cikgu A-D buat kepada isteri cikgu A-D, tak beritahu pun kepadanya sebelum ini dan amalan itu memang dimulakan sekitar awal tahun ini... iaitu teknik pola 38... ketahuilah tekniknya nanti pada kursus pola 38 pada 7 Mei nanti (Daftar: SMS taip TA untuk 7 Mei Bahagian 1: 2.30 petang - 6 petang RM138 dan SMS taip TB untuk 8 Mei Bahagian 2: 10 pagi - 5 petang RM238).
.
Kebetulan, semasa cikgu A-D berada di China tempohari, isteri memerlukan duit yang banyak sebab ada urusan besar, sekali lagi rezeki masih ada... buka je peti besi cikgu A-D adalah duit untuknya di situ...Jadi, tak payah susah-susah nak gaduh dengan isteri.. malah sayangkan isteri (atau isteri-isteri) tu lebih sikit lebih baik (sebab tu agaknya definisi istrirehat iaitu "isteri rehat"...ada rezeki yang lebih banyak... itu pun jika anda tahu caranya. Cikgu A-D tak berapa faham kenapa ada suami isteri yang mahu selalu bertengkar siap gaduh-gaduh.. walaupun pernah terjadi kepada Cikgu A-D dulu (sebelum belajar kaedah pernomboran), kini bila dah belajar barulah tahu kadang kala rezeki tu tak nak masuk ke rumah kita atau rezeki meninggalkan rumah kita kerana malaikat tak nak masuk sebab asyik gaduh je, bermasam muka je dalam rumah... jadi kalau anda tak kaya-kaya tu faham-fahamlah sendiri kenapa hidup keluarga anda tunggang langgang jika anda dan pasangan asyik berperang.
.
Dalam perkahwinan (atau di tempat kerja pun atau semasa belajar pun) sentiasa ada sahaja masalah, jadi perlulah kita sentiasa selesaikan dengan baik. Kalau tak nak hidup ada masalah saja, ada caranya... kenali potensi diri tu lebih mendalam!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
.
.

"It's never too late to be what you might have been. Stop reliving the past; live in the present and face the future with courage, hope and faith"













.
.
.
Success... is not measure by the value of wealth that you have accumulated throughout your lifetime! When you achieved your dream - no matter how simple that dream may be... it is only then, that will be able to appreciate what success is all about" - Rolando S Sumalague Jr.






.
.
.
Am not waiting for tomorrow because I am busy bringing the best out of today - Felix Opaleye.














.
.
.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Cikgu A-D akan ke China lagi pada 15 Mei – 5 Jun, oleh itu semua jadual temujanji atau kursus (Kursus Pola Kekayaan pada 21 Mei dan Pola 696 Potensi Perniagaan pada 22 Mei seperti yang diiklankan dalam Mingguan Wanita) di TANGGUHKAN selepas 5 Jun. TEMUJANJI PADA 14 DAN 15 MEI DI KOTA TINGGI DAN JOHOR BAHRU DITANGGUHKAN.
.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Teknik pernafasan pola 38: Semasa di China, di samping cikgu A-D sedang bertugas tetapi dapat juga mendapatkan beberapa pengetahuan terbaru yang ingin dikongsi bersama anda.. salah satunya ialah teknik pernafasan (yang akan diajar pada kursus pola 38 pada 7 Mei dan 8 Mei)... ada sebab kenapa teknik pernafasan ada kaitan dengan pola 38 dan teknik pernafasan ada kaitan dengan sains, maka pola 38 ada kaitan dengan sains biologi di dalamnya... Jadi cikgu A-D cubalah teknik pernafasan itu semasa bersama isteri.. hmm memang power menjadi! Ini yang bertambah sayang isteri ni! Kita akan tengok nanti bagaimana anda boleh menggunakan teknik pernafasan dalam menaikkan fokus, meledakkan kreativiti dan seumpamanya.
.
Tahukah anda teknik Dr Bach yang digelar "Flower Power" iaitu menggunakan pati bunga untuk mengubat penyakit mempunyai 38 jenis bunga! Nanti dalam kursus pola 38 akan diberitahu dan dapatkan e-book percuma Dr Bach tentang 38 jenis pati bunga untuk tujuan kesihatan. Tengok betapa hebatnya angka 38 ni!
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
WAKTU BERDOA KEKAYAAN: MALAM JUMAAT ! MALAM BERKAT !
Pada 28 April 2011 bermula jam 7.30 malam – 9.30 malam
(maghrib ke Isyak)
(untuk rakan-rakan di Sabah dan Sarawak adalah jam 7 malam – 9 malam)
Sama ada anda saudara beragama Islam atau rakan bukan beragama Islam, ambil kesempatan ini untuk berdoa kekayaan, mudah-mudahan kayalah anda.
.
DIMINTA KEPADA SEMUA PEMINAT METAFIZIK UNTUK MENGANJURKAN MAJLIS DOA SELAMAT PADA 28 APRIL TERSEBUT. Sama anda di rumah anda atau di masjid/surau (jamuan kecil-kecilan untuk para jemaah pun dah ok).

.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
PENEMUAN TERBARU SANGAT MENARIK: GRAF HAYAT ANDA ADA TAHUNAN, BULANAN, HARIAN DAN JAM! - baru-baru ini dalam satu sesi konsultansi didapati graf seorang itu ada Terminating Star pada bulan Oktober 2010 dan memang pada bulan itu dia dapat surat "terminate" !

.
Pada hari ini 23 April 2011, cikgu A-D ada Vacuum Star... memang duit keluar banyak hari ni! Bagus juga cara sebegini, sekurangnya membantu kita memahami kehidupan serta membuat perancangan sewajarnya.
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.
KURSUS POLA 38 PADA 7 dan 8 MEI 2011: kursus yang sepatutnya pada 9 dan 10 April lalu ditunda ke tarikh ini, menariknya kedua-dua tarikh bulan Mei ini mengandungi pola 38 dan peserta kursus akan diberikan waktu berdoa untuk pola 38 untuk 7 Mei dan 8 Mei serta berkesempatan untuk bersama-sama berdoa pola 38 dengan cikgu A-D pada 8 Mei nanti.
.
Bekas peserta kursus pola 38 (JB dan Meru) dijemput hadir untuk ulangkaji RM38 sahaja pada Sabtu 7 Mei (2.30 petang – 6.30 petang) ada beberapa bahan terkini terutamanya teknik pernafasan untuk anda dengar degupan jantung anda sendiri!

.
Mereka yang baru dan berminat pelajari teknik pola 38 dijemput hadir 7 Mei: 2.30 petang - 6 petang (yuran RM138) dan boleh bersambung ke bahagian 2 pada 8 Mei : 10 pagi - 5 petang (RM238 untuk peserta baru atau lama). Peserta 8 Mei dapat percuma sebotol wangian 38 dan CD Brainwave. Banyak latihan menarik seperti telepati handphone dan sebagainya untuk Bahagian 2 pada 8 Mei nanti.
.
Pendaftaran dibuka semula, jadi sila daftar semula – terbuka untuk 20 orang sahaja:
1. SMS taip TA untuk hadir 7 Mei sahaja dan hantarkan ke 016 624 9666.
2. SMS taip TB untuk hadir 7 dan 8 Mei dan hantarkan ke 016 624 9666.
3. Email ke qmas304@streamyx.com
.
Untuk dapatkan flyer maklumat tentang kursus Pola 38 secara email, anda email pertanyaan ke qmas304@streamyx.com atau SMS ke 016 624 9666 (nyatakan alamat email anda dalam SMS).
.
Salam kejayaan sentiasa:

Cikgu EddyRosyadi / Cikgu A-D.

Labels:

posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 8:17 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Wednesday, April 20, 2011
Sinar pengharapan kejayaan
PENEMUAN TERBARU: GRAF HAYAT ANDA BOLEH DIBACA UNTUK TAHUNAN, BULANAN, HARIAN DAN JAM!











.
.
.
Foto Cikgu A-D di China (April 1- 20) Shanghai, Hangzhou & Zhangjiagang





















.
.
.



















.
.
.























.
.
.






















.
.
.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Assalamualaikum... Ni Hao Ma… apa khabar dari Shanghai, China!
.
Cikgu A-D sebenarnya berada di China dari 1 April hingga 20 Apriluntuk membantu satu organisasi dalam persiapan untuk program audit sistem pengurusan kualiti (berkaitan FDA, Quality System Regulation – Amerika Syarikat yang akan datang audit organisasi tersebut pada bulan Mei nanti – mereka yang terlibat dalam industri produk kesihatan dieksport ke Amerika tentu tahu sistem tersebut). Cuaca di sana sejuk: 10 – 20 C.
.
Seperti yang Cikgu A-D beritahu sebelum ini, Cikgu A-D berada di dalam bidang Sistem Pengurusan Kualiti (Quality Management System) dan daripada 13 tahun pengalaman dalam bidang itu digunakan untuk bidang Sistem Pengurusan Halatuju Hidup dan Perniagaan (iaitu Kaedah Pernomboran dan Graf Dinamik) kini. Oleh itu, pendekatan Cikgu A-D berbeza dengan tenaga pengajar lain kerana bidang Cikgu A-D adalah berkaitan sistem, produktiviti, peningkatan dan seumpamanya, lebih teknikal dan menggunakan data, audit dan seumpamanya.
.
Cikgu A-D akan ke China lagi pada 15 Mei – 5 Jun untuk fasa terakhir projek tersebut, oleh itu semua jadual temujanji atau kursus dalam tarikh tersebut di TANGGUHKAN selepas 5 Jun. TEMUJANJI PADA 14 DAN 15 MEI DI KOTA TINGGI DAN JOHOR BAHRU DITANGGUHKAN.
.
Blogspot tidak akan diupdate pada waktu tersebut. Email dan SMS akan lewat dijawab dan panggilan telefon tidak akan diangkat (sila email jika ada perihal penting).
.
Untuk makluman, Cikgu A-D tidak dapat kemaskini blog semasa di China kerana laman Blogspot dihalang (blocked) oleh kerajaan China, begitu juga laman Facebook, YouTube dan banyak lagi laman tak dapat dilayari. Syukurlah kita di negara Malaysia boleh akses kepada semua apa jua laman web tanpa batasan yang baik atau yang buruk, nak tulis apa saja dalam internet pun boleh, jadi tak salahkan kerajaan 100% perihal kebebasan bersuara… ada batasan perlu dibuat, ada fleksibiliti perlu diberikan… cikgu A-D juga kesukaran untuk email streamyx kerana berbeza sistem. Jadi mohon maaf jika ada email atau SMS yang lewat dijawab. Walau bagaimanapun, baru-baru ini didapati ada satu sistem untuk buang blocking tersebut tetapi perlu membuat bayaran dan beberapa perisian percuma juga didapati ada di pasaran yang boleh membuka halangan tersebut.
.
TAHUN 2011 TAHUN PELABURAN: seperti yang cikgu A-D dah bilang banyak kali tahun ini tahun pelaburan dan tentunya tahun kekayaan kepada mereka yang memahaminya;
1. Pada 15 April 2011, harga emas pecah rekod USD1486 per auns di US.
2. PHB telah beri dividen dan akan tambah dana untuk AHB (Amanah Hartanah Bumiputera).

WAKTU BERDOA KEKAYAAN: MALAM JUMAAT ! MALAM BERKAT !
Pada 28 April 2011 bermula jam 7.30 malam – 9.30 malam
(maghrib ke Isyak)
(untuk rakan-rakan di Sabah dan Sarawak adalah 7 malam – 9 malam)
Sama ada anda saudara beragama Islam atau rakan bukan beragama Islam, ambil kesempatan ini untuk berdoa kekayaan, mudah-mudahan kayalah anda.
.
DIMINTA KEPADA SEMUA PEMINAT METAFIZIK UNTUK MENGANJURKAN MAJLIS DOA SELAMAT PADA 28 APRIL TERSEBUT. Sama anda di rumah anda atau di masjid/surau (jamuan kecil-kecilan untuk para jemaah pun ok). Pastikan anda bersama atau boleh wakilkan jemaah untuk doakan anda semasa atau selepas waktu solat maghrib tu untuk anda kaya, mewah, bebas hutang, sihat, bahagia dan sebagainya. Yang penting, ghoyat ore kelate: I love pitih!
.
Jika pada malam itu berlaku hujan di tempat anda, sila tadahkan air hujan tersebut (pastikan ditapis bekas dengan kain) kerana petua orang tua-tua, air hujan malam jumaat banyak berkat. Teringat dulu semasa di sekolah SEMSAS, Kuantan, cikgu A-D selalu kumpul air hujan untuk air penerang hati dan pernah sekali tu hujan turun semasa bacaan yasin malam jumaat dapat satu jag dan lepas tu teguk air sampai habis! Nak lulus peperiksaan air penerang hati katakan!
.
Cikgu A-D ada menyimpan beberapa botol kecil air hujan yang dikumpul pada malam Jumaat tidak lama dulu. Kebetulan tempohari cikgu A-D masukkan air hujan malam jumaat tersebut di dalam air minuman kristal dirumah (biasanya anak-anak dan cikgu A-D yang minum), kini anak sulung Cikgu A-D dilantik jadi pengawas sekolah. Kini, anak-anak cikgu A-D semua beruniform – dua orang anak PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) dan seorang pengawas sekolah. Ciptalah rumah yang harmoni untuk anak-anak dan isteri (isteri-isteri?) serta cucu anda juga lah menggunakan teknik air frekuensi tinggi.
.
JANGAN LUPA UNTUK MEMAKAI WANGIAN HARUMAN 38 PADA MALAM TERSEBUT, nak ke masjid / surau ikutlah juga sunnah nabi saw memakai wangian.
.
PENEMUAN TERBARU SANGAT MENARIK: GRAF HAYAT ANDA ADA TAHUNAN, BULANAN, HARIAN DAN JAM!
.
Tahukah anda bahawa Graf Hayat anda boleh digunakan untuk TAHUNAN, BULANAN, HARIAN dan JAM? Semasa di China, cikgu A-D berkesempatan untuk mendalami perihal ini dan ianya boleh digunakan selari dengan graf pretasi bulanan, harian dan jam! Sangat menarik kerana anda boleh mengetahui tahun, bulan, hari malah jam berapa anda ada Vacuum Star, Blocking Star, Virtuous Star dan sebagainya! Contohnya, pada 8 April 2011 lalu, cikgu A-D dibayar elaun oleh organisasi dan sebenarnya pada bulan dan hari tersebut memang ada Virtuous Star! Jadi, menggunakan graf hayat anda boleh periksa tahunan, bulanan, harian dan jam. Untuk tahun 2011 bulan April, cikgu A-D memang ada Virtuous Star, memang bulan April ini duit lebat juga masyuk banyak, tapi ada Vaccum Star juga iaitu duit ada habis sikit pasal gila shopping kat China!
.
Menggunakan graf hayat lebih tepat kerana mengandungi fenomena (star) berbeza dengan pernomboran yang boleh berikan nombor tetapi tidak jelas sangat masalah di dalamnya. Jadi, cikgu A-D, sekali lagi adalah orang yang pertama di dunia, menggabungkan graf hayat dan pernomboran untuk mengkaji prestasi dengan lebih mendalam! Menarik, kerana anda tahu jika anda dalam kitaran teruk pada tahun berapa, bulan berapa malah hari dan jam berapa! Jadi, anda boleh buat perancangan dan strategi persediaan untuk kehidupan anda dengan lebih baik lagi.
.
Mahukah anda menjadi batch pertama yang mempelajari teknik ini? Memang telah ada pengajian sebegini tetapi dalam bahasa Cina dan sukar nak pelajarinya dalam bentuk Cina klasikal. Kini, ianya dibawakan secara moden oleh cikgu A-D untuk anda. Rasanya setakat ini cikgu A-D adalah satu-satunya orang Melayu dan orang Islam di dunia ini yang mengetahui perkara sebegini dan ianya akan dikongsi dengan anda.
.
Berminat? Jemputlah hadir ke worksyop Sabtu “Graf Hayat: Teknik Tahunan, Bulanan, Harian dan Jam” pada Sabtu 2 Julai (yuran RM50) jam 2.30 petang – 5.30 petang di Pekan Meru, Klang. Dibuka untuk individu yang pernah belajar / mengetahui Graf Hayat sahaja atau memiliki buku Strategi Menyusun Hidup Secara Graf Hayat. Pendaftaran akan dibuka pada 5 Jun nanti selepas cikgu A-D pulang dari China. Elok ditambah pengetahuan anda, jadi anda boleh jadi orang yang terlebih biasa hebat!
.
KURSUS POLA 38 PADA 7 dan 8 MEI 2011: kursus yang sepatutnya pada 9 dan 10 April lalu ditunda ke tarikh ini, menariknya kedua-dua tarikh bulan Mei ini mengandungi pola 38 dan peserta kursus akan diberikan waktu berdoa untuk pola 38 serta berkesempatan untuk bersama-sama berdoa pola 38 dengan cikgu A-D pada 8 Mei nanti.
.
Bekas peserta kursus pola 38 (JB dan Meru) dijemput hadir untuk ulangkaji RM38 sahaja pada Sabtu 7 Mei (2.30 petang – 6.30 petang) ada beberapa update terutamanya teknik pernafasan untuk anda dengar degupan jantung anda sendiri! Mereka yang baru dan berminat pelajari teknik pola 38 dijemput hadir 7 Mei (yuran RM138) dan boleh bersambung ke bahagian 2 pada 8 Mei (RM238 untuk peserta baru atau lama). Peserta 8 Mei dapat percuma sebotol wangian 38 dan CD Brainwave. Banyak latihan menarik seperti telepati handphone dan sebagainya pada 8 Mei.
.
Pendaftaran dibuka semula, jadi sila daftar semula – terbuka untuk 20 orang sahaja:
1. SMS taip TA untuk hadir 7 Mei sahaja
2. SMS taip TB untuk hadir 7 dan 8 Mei dan hantarkan ke 016 624 9666.
3. Email ke qmas304@streamyx.com
.
Untuk dapatkan flyer maklumat tentang kursus Pola 38 secara email, anda email pertanyaan ke qmas304@streamyx.com atau SMS ke 016 624 9666 (nyatakan alamat email anda dalam SMS).
.
Semasa cikgu A-D di China, banyak juga perkara “38” yang berlaku, nak kata kebetulan tak juga sebab banyak yang berlaku seperti sudah dirancang hidup kita ini menjadi mudah sahaja! Contohnya, pada hari cikgu A-D berangkat ke China, makcik yang tinggal bersama kami membantu urusan rumah sebelum ini sudah 3 bulan sakit berada di kampung, tapi tiba-tiba sihat dan datang semula ke rumah untuk bersama isteri dan anak-anak! Dan banyak lagi peristiwa “38”… jadi, mahukah hidup anda dipermudahkan, senang mendapat kejayaan dikala anda kesusahan? Maka tiada lagi Vacuum Star lah, Blocking Star lah, Gaung lah dan sebagainya. Meru, 7 Mei!
.
Pembaharuan di pejabat Meru, Klang: sebuah air-cond baru dipasang di dalam bilik kuliah (kini ada 3 unit) untuk keselesaan peserta dan sebuah unit peti sejuk mini (jenis mudahalih boleh dipasang dalam kereta) juga diletakkan di meja minuman bagi keselesaan anda untuk minuman sejuk/ ais.

.
Cikgu EddyRosyadi







Rakan Konsultan Kehidupan, Perniagaan dan Organisasi anda.







.







posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 11:26 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates