waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Thursday, January 29, 2009
UPDATE FEBUARI - bah 1
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Saya baru bercakap dengan seorang penyanyi 90an terkenal bagi perihal bisnes dan beliau merupakan bekas peserta kursus asas saya di JB dulu. Saya adalah peminat beliau dan lagu yang saya minatilah tentulah lagu beliau "Takdir dan Waktu".

Bercakap tentang takdir tentunya ia dikaitkan dengan Qada' Qadar. Ianya adalah Rukun Iman yang mana umat Islam berimankan bahawa Tuhan telah membuat ketetapan (takdir) kepada hidup kita. Banyak kehidupan kita telah "ditakdirkan" atau dengan kata lainnya telah ditetapkan - lahir, ajal, rezeki, jodoh dan sebagainya.

Maksud Qada' adalah ketetapan atau peraturan dengan kata lain setiap perkara ada ketetapannya atau peraturannya. Contohnya, manusia yang lapar akan kenyang bila makan sesuatu dan setiap manusia lahir dengan 2 tangan. Itulah peraturan atau sunnah alam, cuma ada beberapa perkara yang tidak mengikut ketetapan berdasarkan Kuasa-Nya seperti kelahiran Nabi Isa a.s.

Maksud Qadar ialah pengukuran dengan kata lain setiap perkara ada ukurannya. Contohnya, setiap manusia ada 5 jari pada setiap tangan, umur manusia moden sekitar 70 tahun, orang Eropah lebih tinggi dari orang Asia dan sebagainya. Cuma ada beberapa perkara yang tidak mengikut pengukuran berdasarkan Kuasa-Nya.

Dengan kata lain, Qada dan Qadar ialah sebentuk ketetapan yang mempunyai ukuran. Iaitu apabila seseorang itu lahir, ianya telah ditetapkan untuk beberapa perkara mengikut ukuran yang ditetapkan juga. Setiap manusia memiliki DNA yang mana DNA yang diberikan oleh ibu dan ayah orang itu telah di"ukur" mengikut ketetapan tertentu dan kod-kod DNA yang menetapkan bagaimana manusia itu hidup telah wujud dalam DNA itu iaitu dengan kata lain perjalanan manusia telah "ditetapkan" atas DNA seumpama sebuah filem yang dimainkan di TV yang mana jalan ceritanya adalah berpunca dari rakaman dan mainan sekeping CD yang punyai kod-kod digital di dalamnya, jika CD itu cerita bisnes, maka TV akan memainkan cerita bisnes. Contohnya, seorang individu lahir sebagai usahawan sebab telah ditetapkan sebagai usahawan dalam DNA beliau dan ukuran kekayaannya adalah RM2 bilion ringgit. Ada juga individu yang telah ditetapkan sebagai usahawan tetapi ukuran kekayaannya pula RM10 juta ringgit. Jadi, setiap orang punyai ketetapan dan punyai ukuran kepada ketetapan itu. DNA adalah satu perkara yang sangat penting untuk memahami perjalanan hidup manusia kerana DNA adalah "blueprint" untuk manusia itu membesar seumpama "blueprint" untuk sebuah bangunan baru.

Apabila dilihat konteks ini, Qada Qadar ialah ketetapan yang mempunyai ukuran dan ukuran adalah sebentuk pengiraan sepertimana mengira bilangan atau kuantiti. Dengan kata lain, ketetapan manusia boleh diukur atau dikira menggunakan kaedah pengiraan iaitu matematik. Nampaknya, matematik digunakan untuk mengenali ketetapan hidup manusia. Kerana itulah, manusia mengkaji selama ribuan tahun dan akhirnya muncullah ilmu numerologi (kajian nombor).

Oleh itu, kajian penyelidikan tentang nombor kepada kelakuan manusia seperti kajian penyelidikan angka tarikh lahir dibuat untuk mencuba berikhtiar mengukur ketetapan manusia. Ini disebabkan setiap manusia lahir tanpa kertas spesifikasi seumpama sebuah kereta yang keluar dari kilang memiliki spec sheet (brosur spesifikasi kereta). Apabila kajian penyelidikan pola-pola nombor tarikh lahir seperti kaedah Pola Nombor 3 Serangkai di dalam Kaedah Astronumerologi Dinamik dibuat, ianya seolah-olah menceritakan tentang perjalanan hidup manusia. Dengan mengetahui serba-sedikit ketetapan hidup, kita boleh bertindak dengan baik sebab sudah ada panduan.

Namun, Tuhan Maha Kuasa, manusia tidak dapat menggunakan model matematik yang bersifat logik untuk mengukur semua ketetapan kerana Tuhan membenarkan manusia untuk membuat PILIHAN dengan kata lain terdapatnya peluang untuk model matematik yang berasaskan logik itu (iaitu 1+1=2) menjadi anjal (1+1 = tidak semestinya 2). Oleh itu, sukar untuk manusia mengukur ketetapan manusia dengan tepat menggunakan model matematik logik semata-mata.

Kerana itulah, mempelajari Kaedah Astronumerologi Dinamik adalah penting untuk mengetahui ukuran POTENSI yang anda miliki dan kemudian membuat PILIHAN untuk berusaha memperbaikinya, mencegahnya atau meningkatkannya. Umpama sebuah padang bola yang mempunyai ukuran padang bola dan akan kekal sebagai padang bola, tetapi padang itu boleh menjadi sebuah tapak kompleks membeli belah jika pemilik padang itu MEMILIH untuk membuat perubahan setelah mengkaji POTENSI yang dimiliki oleh padang itu.

Oleh itu, kaedah Astronumerologi Dinamik bukanlah untuk menilik nasib atau mengubah nasib tetapi adalah untuk memberi peluang kepada manusia mengenali parameter (daripada pengiraan) atau dengan kata lain POTENSI berdasarkan ketetapan beliau dan seterusnya menjadikan potensi itu lebih terurus (sama ada ikut secara lurus ketetapan yang telah ada dengan lebih berkesan atau berikhtiar untuk membuat jajaran atau pembetulan, pencegahan dan sebagainya). Jika anda ada sebuah padang bola dan anda tahu padang itu ada masalah rumput dan sebagainya, maka anda membuat pembaikian lebih awal.

Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari kaedah ini untuk meningkatkan POTENSI anda! Memahami perjalanan hidup anda secara matematik tetapi menggunakan pemahaman itu untuk menjadikan perjalanan hidup anda lebih berkesan. Memahami ketetapan menjadikan anda lebih redha dan rapat dengan Tuhan kerana anda tahu anda lemah di sisi-Nya kerana anda perlukan-Nya untuk hidup atas ketetapan anda itu (Qada Qadar anda) dan perlukan bantuan-Nya. Dengan redha atas "ketetapan" anda itu, maka anda menjadi lebih beriman dan tahu strategi-strategi untuk menjalani kehidupan dengan lebih redha dan berkesan tidak buang masa sia-sia.


E-BOOK

Tawaran membeli e-book masih dibuka untuk mendapatkan buku KUASAILAH DIRI ANDA edisi 2 (edisi lama). Edisi 3 yang baru mungkin Jun depan. Harga RM10 setiap tajuk. Bayaran bank in Maybank 512464228716 (Eddy Rosyadie), selepas bank in, sila emailkan (qmas304@streamyx.com) maklumat NAMA, TARIKH LAHIR, JAM LAHIR dan NEGERI LAHIR sert nyatakan tajuk-tajuk yang diperlukan;

1. Tafsiran Pola 3 Serangkai.

2. Kaedah Kitaran Tahunan

3. Kaedah Graf Hayat 12 Zon (graf hayat percuma diberi)

4. Kaedah Tafsiran Nama (2 perisian percuma diberi)

5. Kaedah Tafsiran Zodiak

6. Kaedah Mengira Arah Kejayaan.

BUKU CD GRAF HAYAT

Ramai peserta bertanyakan tentang perisian untuk membuat graf hayat / graf morfomatik. Saya tidak boleh berikan percuma kerana perisian itu ada hakcipta dan untuk menghormati guru saya yang mencipta CD itu, ianya ada dijual dalam bentuk CD beserta sebuah buku. Namun, harga buku itu adalah RM100 kerana cetakannya terhad susah nak dapat dan saya difahamkan kuantitinya sudah tinggal sedikit. Jika ada sesiapa berminat untuk mendapatkan buku itu, sila bank-in Maybank 512464228716 (Eddy Rosyadie) dan selepas bank-in emailkan NAMA, ALAMAT dan NO HANDPHONE untuk proses penghantaran (mungkin ambil masa 2-3 minggu untuk kumpul tempahan bagi pembelian secara pukal).

KURSUS
Kursus Potensi Usahawan Pola Perniagaan - 15 Feb di Larkin

mengetahui dan mempelajari teknik-teknik meningkatkan prestasi sebagai usahawan dan membangunkan perniagaan dengan berkesan - kaedah Statik dan Dinamik untuk Sifat, Masa, Arah, Kitaran dan Gabungan.


satu-satunya modul di dunia kini!

RM200
9 pagi - 5 petang
Daftar di sana jam 8.30 pagi bawa maklumat jam lahir

Alamat: Caliphs Management, No 1-02, Impian Business Park, Jln Dato' Jaafar 1, Taman Dato' Onn, 80350, Larkin, Johor.

Berminat SMS taip LK (nama) ke 0162379856



Kursus Graf Morfomatik Graf Hayat - 1 Mac di Setiawangsa.

mempelajari dan mengetahui potensi perjalanan hidup sepanjang usia berdasarkan "spesifikasi" hidup serta menjelaskan fenomena kehidupan seperti rezeki, jodoh, kesihatan, kerjaya, hartanah, masa susah, masa senang, kenapa sukar berjaya dan sebagainya. Membaca graf ini memberikan anda kelebihan untuk membuat persiapan dalam kehidupan menghadapi masa senang atau susah akan datang.

RM150

9 Pagi - 5 petang
Daftar 830 pagi bawa maklumat jam lahir


1 Mac di Pejabat Setiawangsa - dekat stesen LRT Setiawangsa.
Keramat Business Park, Depan Desa Hussein Onn.
Berminat SMS taip GM (nama) ke 0162379856


Konvensyen Sains Metafizik Ke-2: 15 Mac di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam

RM50

9 pagi - 5 petang

Daftar 8.30 pagi bawa maklumat jam dilahirkan.

berminat SMS taip KM (nama) ke 0162379856

Pertemuan istimewa untuk semua bekas peserta kursus dan pelanggan konsultansi serta individu yang belum pernah mengetahui kaedah ini untuk mempelajari dan mengetahui penemuan kajian terbaru seperti;

1. Petak Digit Tarikh Lahir

2. Petak Digit Pendua Tarikh Lahir

3. Kitaran Petak Digit Pendua

4. Kitaran Harian, Nombor Handphone, Plet Kereta dan Alamat Rumah.

5. Pola-pola terbaru seperti tafsiran baru pola 38, Widowed Star dan lain-lain.

Istimewa: Preview Perlakuan Harian (pengasas: Encik Yuswan Yusof). serta temui para konsultan Kelab Sains Metafizik (EMR)

Terdapat juga pameran-pameran Kesihatan, Kewangan dan Kecantikan serta Kerjaya.

juga, kemungkinan besar PELANCARAN BUKU CINTA,JODOH & PERKAHWINAN (mungkin dijual pada harga RM19.90).

Harap Maklum.














posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 10:27 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Wednesday, January 21, 2009
UPDATE JANUARI 2009
Assalamaualaikum & Salam Sejahtera

Update Januari 2009 (Siri 2)

1. Pengumuman Modul Kursus Terbaru - POTENSI PERCERAIAN POLA CERAI

Setelah meneliti berbagai kes di dapati terdapatnya keperluan untuk menceritakan dan membimbing masyarakat tentang satu fenomena yang sangat perit untuk semua iaitu bercerai. Pola bercerai telah dinyatakan di dalam seminar Asas dan juga di dalam buku tetapi ianya tidak dijelaskan dengan mendalam di sebabkan faktor pasaran. Namun, dengan peningkatan kes cerai adalah elok jika saya berkongsi pengalaman serta memberi bimbingan kepada anda menggunakan kaedah sains metafizik.

Salah satu kod cerai ialah WIDOWED STAR. Tahukah anda Britney Spear bercerai ketika Widowed Star Kitaran 5? Ada beberapa wanita / lelaki yang bercerai ketika WIDOWED STAR ini muncul terutamanya pada kitaran tekanan seperti 1, 3, 5 atau 8 dan ketika graf sedang rendah dalam gaung. Ramai orang memiliki WIDOWED STAR termasuklah individu yang sangat saya sayang. Bagaimana kod ini terjadi? Biasanya kerana keturunan. Jika keturunan anda terutama ibu atau ayah anda pernah berkahwin lebih dari sekali (kahwin-cerai/ kahwin-bermadu), terdapat potensi yang kuat dan ianya menjadi semakin kuat apabila terdapatnya pola-pola cerai serta kod Widowd Star.

Oleh itu, pendedahan ini perlu dibuat untuk memastikan anda bersedia menghadapi situasi ini. Bagi mereka yang sudah berkahwin tentunya mahu tahu bagaimana caranya untuk melawan sebentuk ketentuan ini. Kepada mereka yang belum berkahwin, perlulah anda periksa diri anda atau bakal suami/ isteri anda, apakah anda memiliki kod Widowed Star. Tujuannnya bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi sebagai perancangan untuk pencegahan dan pembetulan. Sekurangnya kita telah berusaha, Yang Maha Kuasa menentukan.

Seminar Potensi Perceraian Pola Cerai akan dibuat pada buat Mac nanti mungkin di Setiawangsa/ Desa Melawati atau Meru, Klang. Kepada yang berminat, sila SMS taip CR (nama) ke 0162379856 untuk saya kumpul peserta. Harga seminar mungkin RM100.

Setakat ini belum ada di dunia ini mengajar tentang pola cerai menggunakan graf hayat dan petak digit tarikh lahir. Kini andalah batch pertama yang akan mempelajarinya dan menggunakannya untuk kebaikan rumahtangga anda juga.

2. Kursus Graf Morfomatik - 1 Mac 2009

Dijangka pada 1 Mac 2009 harga RM150. Tempat tidak pasti lagi sama ada Setiawangsa/Desa Melawati atau Meru, Klang. Anda akan dibimbing untuk membaca Graf Hayat yang begitu rumit tetapi banyak ketepatannya.

Setakat ini permintaan agak kurang tapi masih mengumpul peserta. Berminat sila SMS taip GM (nama) ke 016 2379856.

3. Tempahan e-book pecahan buku Kuasailah Diri Anda

Terima kasih di atas tempahan yang telah dibuat. Tawaran masih dibuka untuk mana-mana individu memiliki pecahan buku Kuasailah Diri Anda Edisi 2. Mungkin tidak sabar untuk Edisi 3 pada Jun nanti, anda boleh dapatkan bahan-bahan tersebut, tetapi dalam versi lama, sekurang-kurangnya dapatlah belajar sikit sebelum Edisi 3 diterbitkan.

Tajuk-tajuk yang ada:
a. Teknik mengira Arah
b. Senarai pola-pola 3 serangkai
c. Teknik mengira Kitaran Tahunan
d. Teknik mengira tafsiran Nama.
e. Senarai Kod-kod Graf Hayat (12 Zon).

Harga RM10 setiap tajuk. Bayaran melalui Maybank akaun no 512464228716 (Eddy Rosyadie). Selepas bank in, sila emailkan maklumat nama, tarikh lahir, masa/ jam lahir dan negeri lahir serta beritahu tajuk yang diperlukan. Jika perlu, berikan juga nombor handphone kalau-kalau email ditendang masalah teknikal.

4. Pola-pola Kuasa

Tawaran masih dibuka kepada sesiapa yang ingin memiliki arahan untuk mendapatkan pola kuasa bagi diri sendiri (memindahkan "tenaga kuasa" secara sintetik ke dalam diri anda supaya anda lebih berjaya dalam hidup). Dua pola ditawarkan adalah seperti berikut;

a. Berjaya kerana dibantu ahli politik dan ahli perniagaan
b. Berjaya di dalam dunia kebajikan / industri makanan.

Harga RM10 setiap tajuk. Bayaran secara Maybank akaun nombor 512464228716 (Eddy Rosyadie). Setelah bank-in, sila emailkan maklumat nama, tarikh lahir, jam lahir serta beritahu pola kuasa yang mana satu anda perlukan.

5. Jadual Kursus/ Seminar 2009

1 Febuari 2009 - Potensi Usahawan Pola Perniagaan - GrandView Hotel, Jln Horley, Ipoh. RM200 masa 9 pagi - 5 petang. Daftar di sana 8.30 pagi bawa maklumat jam dilahirkan. Percuma Graf Hayat dan CD.

15 Febuari 2009 (belum confirm) - Taman U, Skudai, Johor Bahru - Potensi Usahawan Pola Perniagaan masa 9 pagi - 5 petang. Harga RM200.

1 Mac 2009 (tempat belum confirm tempat, mungkin di Meru, Klang) - Kursus Graf Morfomatik. RM150 masa 9 pagi - 5 petang.

15 Mac 2009 (mungkin Hotel Carlton Holiday, Shah Alam) - Konvensyen Tahunan Sains Metafizik ke 2. RM50 masa 9 pagi - 5 petang. Banyak penemuan terbaru akan dikongsi termasuk Petak Digit, Petak Pendua, Perlakuan Kitaran Harian, Kitaran Nombor (Handphone, Plet Kereta, Alamat Rumah, dll).

29 Mac 2009 (belum confirm, mungkin KL atau Klang) - Kursus Potensi Perceraian Pola Cerai.

5 April 2009 (belum confirm tempat) - Kuantan, Pahang - Kursus Potensi Usahawan Pola Perniagaan

18 April 2009 (tempat belum confirm) - Batu Pahat - Kursus Potensi Kewangan Pola Kekayaan.

19 April 2009 - Batu Pahat - Kursus Perlakuan Harian.

untuk makluman;

- Kursus Asas ada ditawarkan di pejabat Setiawangsa setiap Sabtu/ Ahad - sila hubungi Encik Zaini

- Kursus Perlakuan Harian ada ditawarkan di pejabat Setiawangsa pada setiap Sabtu/Ahad - Sila hubungi Encik Zaini.

- Buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan kini berada dalam proses menunggu untuk dicetak, harga mungkin RM19.90 senaskah setebal 383 mukasurat.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semoga berjaya sentiasa
Eddy

posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 6:49 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sunday, January 18, 2009
TERBARU - PENGUMUMAN PETAK DIGIT TARIKH LAHIR

Bermula tahun 2009, saya akan menggunakan Petak Digit Tarikh Lahir (seperti contoh di atas) menggantikan diagram Rajah Segitiga yang biasa saya dan beberapa orang lain gunakan selama ini. Tujuannya adalah untuk memudahkan membaca pola 3 serangkai serta angka-angka tersembunyi berbanding dengan Rajah Segitiga. Ianya mudah untuk diwarnakan di dalam sesi latihan dan lain-lain kelebihan berbanding Rajah Segitiga.

Namun, Petak Digit ini adalah ciptaan dan hakmilik saya. Setakat ini belum ada dalam dunia ini yang menggunakan petak sebegini, oleh itu Petak Digit ini adalah ciptaan saya. Mana-mana individu atau organisasi yang mengaku memiliki Petak ini atau menggunakan Petak ini di dalam latihan, konsultansi, blog, buku, bahan promosi, suratkhabar dan sebagainya adalah individu yang pendusta, hanya saya seorang sahaja menggunakan secara umum dan kebenaran diberikan kepada konsultan EMR sahaja. Bagi peserta kursus, anda dibenarkan menggunakannya untuk tujuan peribadi dan bukannya hingga buka seminar sendiri menggunakan Petak ini dan seumpamanya. Sebelum ini banyak karya saya termasuk nota seminar saya yang telah diciplak malah dijual di pasar malam serta dijual dalam internet. Tiada bayaran royalti atau saguhati diberikan malah mereka mengambil kesempatan dengan menjualnya dengan harga berlipat kali ganda dan ada yang cuba mengaku tafsiran 3 serangkai dan seumpamanya adalah hak mereka.

Petak ini menggantikan Rajah Segitiga yang agak kontroversi sejak akhir-akhir ini kerana ianya ada kaitan dengan masalah hakcipta, simbol keagamaan serta menyerupai Seal of David (simbol bendera Israel) dan lain-lain masalah. Oleh itu, pihak saya tidak mahu mengaitkan kaedah Dinamik saya dengan Rajah Segitiga dan secara perlahan-lahan akan bertukar kepada Petak ini di dalam Buku Kuasailah Diri Anda Edisi 3, artikel Majalah Mingguan Wanita malah buku terbaru saya iaitu Cinta, Jodoh dan Perkahwinan tidak lagi menggunakan Rajah Segitiga tetapi Petak Digit ini, termasuk juga dalam seminar atau kursus akan datang.

Harap maklum

Eddy Rosyadie.

posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 2:46 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UPDATE JANUARI 2009
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Update terkini Januri 2009.

Keputusan Pilihanraya Kuala Terengganu

Sepertimana yang saya jangkakan dua minggu sebelum Pilihanraya, tepat PAS menang. Kebetulan saya baru terjumpa tarikh lahir calon PAS dan BN dan daripada pengiraan didapati calon PAS punyai potensi untuk menang tahun ini (beliau pernah kalah pada 1986). Jika mengikut "suasana" banyak memihak kepada UMNO dan BN, tetapi faktor calon memainkan peranan penting sepertimana yang saya jelaskan sebelumnya iaitu walaupun parti PAS berada dalam suasana kurang baik, tetapi calon PAS Abdul Wahid berada dalam situasi baik.

Bagaimana caranya saya membuat jangkaan? Tentunya bukan sekali menggunakan firasat, jampi, perantaraan halus dan sebagainya - hanyalah pengiraan tarikh lahir - matematik dan kajian pola !

Prinsipal Kiraan - setiap orang pasti melalui masa yang baik dan masa yang kurang baik (secara kitaran) sepanjang usia mengikut tahun-tahun tertentu. Inilah konsep "Jangka Masa" (seperti konsep "timebomb"). Kemahiran utama saya adalah menganalisa konsep "Jangka Masa" dan Konsep "Checkmate" (terkena pada arah, usia dan kitaran) tidak seperti pengamal lain.

Tarikh lahir calon PAS ialah 29 Sept 1957;

Pada tahun 1986 - kiraan kitaran adalah 29-09-1986 dan didapati kitaran tahunan beliau ialah 8 iaitu tekanan. Tahun 1986, beliau kalah dalam satu pilihanraya ketika itu.

Pada tahun 2009 - kitaran tahunan beliau ialah 29-09-2009 dan didapati bahawa itu adalah pola cermin.

29 9 20 09
2 9 2 9
2 2
642 4 426
6 6
3

Inilah pola cermin yang betul (saya difahamkan seorang anak murid saya yg kini giat mengajar satu workshop di seluruh Malaysia mengajar pola cermin yang silap iaitu melihat angka kiri dan kanan di sayap kanan dan kiri sahaja, sepatutnya dari barisan angka di atas lagi).

Pola cermin ini pernah berlaku kepada DS Anwar Ibrahim pada tahun 1998 kerana itulah DS sangat popular pada 1998 dengan Reformasi. Begitu juga pada tahun 2007, Datin Seri Jeanne Abdullah adalah pola cermin dan beliau berkahwin dengan Pak Lah. Begitu juga pada tahun 2008, Pak Lah adalah pola cermin (walaupun banyak dugaan, beliau masih boleh bertahan dengan baik). Oleh itu, apabila seseorang itu tiba pada tahun pola cermin, potensi untuk sangat berjaya adalah tinggi. walaupun orang itu bukannya ada pola cermin, tetapi mungkin ada sekali dalam seumur hidup akan tiba pola cermin. Saya bukannya lahir pola cermin tetapi ada satu tahun dimana saya telah sampai pola cermin.

Manakala calon BN, Datuk Wan Farid berada di dalam kitaran 8 tahun ini - tekanan. Pola kitaran ini sama dengan calon PAS yang kalah pada 1986 dulu (kitaran 8 juga).

Daripada analisis ini, di dapati kitaran tahunan untuk seseorang memainkan peranan sangat penting. Tentunya kitaran tahunan organisasi juga memainkan peranan juga.

Oleh itu, dalam kursus saya menekankan aspek kitaran - kursus Potensi Kewangan Pola Kekayaan menceritakan tentang bagaimana anda tahu bila anda ada duit dan bila anda tiada duit. Inilah yang dinamakan DINAMIK. Kaedah lain seperti Workshop, Visiber dan lain-lain tidak menekankan aspek DINAMIK, oleh itu kaedah mereka STATIK kurang tepat menceritakan perjalanan kehidupan sepanjang usia dengan lebih terperinci. Malah kaedah DINAMIK ini boleh mengira Kitaran Harian, Kitaran Jam iaitu kita boleh tahu apa yang berlaku pada anda pada hari itu dan pada jam itu.

Saya menyeru kepada semua peminat dan pengamal Kaedah Kajian Tarikh Lahir untuk menyambung pengajian dan menambahkan pengetahuan anda dengan menghadiri kursus saya seterusnya setelah anda belajar dari workshop atau dari pihak-pihak yang lain. Dengan mengetahui konsep DINAMIK, anda akan dapat merancang untuk 10 tahun akan datang dan tahu bila anda cemerlang dan bila anda jatuh gagal (sebagai persiapan!).

Tahukah anda seorang bilionair terkenal German mati bunuh diri pada 5 Jan lalu? Pengiraan kitaran tahunan dan kitaran harian jelas menunjukkan beliau tertekan. Terdapat pola besi pada hari itu iaitu impak dengan besi - beliau mati dilanggar keretapi. Oleh itu, kaedah DINAMIK saya ini boleh membawa anda pergi lebih jauh bukan sekadar tahu kelakuan personaliti sahaja. Ingat, ini bukan untuk meramal nasib atau mengubah nasib, tetapi membantu anda membuat perancangan untuk strategi yang lebih baik. Jika anda ingin tahu bagaimana kitaran bilionair itu mati - nantikan kursus Potensi Usahawan Pola Perniagaan pada 1 Febuari di hotel Grandview, Jalan Horley, Ipoh.

Apabila anda dalam kitaran 8, eloklah jangan terlalu terburu-buru. Tengok, apa dah jadi dengan Datuk Farid? Hilang jawatan senator, jawatan kabinet malah hilang kepercayaan - semuanya dalam kitaran 8. Jika anda dalam kitaran 8, perlu hati-hati. Jika nak meredah juga kitaran 8, ada caranya (itu kena jumpa saya untuk dapatkan caranya).

POLA/POTENSI BERKUASA

Saya menerima banyak pertanyaan tentang pola berkuasa (seperti diumumkan minggu lepas - sila lihat posting saya minggu lepas). Saya buka tawaran kepada 3 orang yang sukarela untuk menjalankan ujikaji, namun sepertimana yang saya beritahu, sangat sukar untuk mengira dan mendapatkan apa yang dimahukan. Setakat ini saya masih belum menjumpai pola berkuasa yang diidamkan oleh 3 orang sukarelawan tersebut. Tetapi, sepanjang pengiraan saya dapati ada sesuatu yang boleh dikongsi bersama dan ingin saya buat tawaran seterusnya terbuka kepada SEMUA orang (sebab ramai juga orang yang minta pola berkuasa tu).

Kepada mana-mana individu yang berminat untuk dapatkan pola berkuasa berikut
1. Berjaya kerana disokong oleh ahli politik dan usahawan
atau
2. Berjaya dalam bidang kemasyarakatan dan industri makanan
atau
3. Berjaya sebagai juruteknik dan akauntan.

Sila hantarkan maklumat berikut ke email saya. Namun, perkhidmatan ini berbayar sebab saya terpaksa habiskan masa mencari pola-pola tersebut. Bayaran ini adalah minima dan sumbangan anda itu bolehlah membantu saya mencari lebih banyak maklumat untuk anda juga nanti.

1. Bank-in RM10 ke akaun Maybank 512464228716 (eddy rosyadie)
2. Selepas itu, emailkan maklumat NAMA, TARIKH LAHIR, JAM LAHIR, NEGERI LAHIR ke qmas304@streamyx.coom.
3. Nyatakan anda mahukan pola yang mana satu seperti di atas (sama ada pilihan 1, 2 atau 3).
4. Saya akan emailkan arahan seterusnya.

Namun diingatkan bahawa sangat sukar nak mencari pola yang betul-betul berkesan dan tentunya ada beberapa pra-syarat yang perlu dimiliki untuk benar-benar menghasilkan potensi tersebut. Ini disebabkan anda telah dilahirkan, jadi kita perlu buat secara sintetik berbanding jika anda boleh lahir semula pada tarikh dan jam ditentukan. Jika graf hayat anda sedang menurun sekarang, pola ini mungkin tidak menjadi 100% tapi kalau menjadi 50% pun jadilah daripada tiada apa-apa ikhtiar dibuat.

BUKU KUASAILAH DIRI ANDA

Terdapat banyak permintaan tentang buku itu dan ianya dah habis stok. Stok dan edisi terbaru dijangka pada bulan Jun nanti. Tidak pasti harganya sebab bergantung jika saya boleh dapatkan penerbit yang sudi membantu. Jika ada penerbit, harga buku itu mungkin sekitar RM25, kalau tak ada penerbit, mungkin sekitar RM200 (harga kertas dah mahal).

Namun, jika anda berminat untuk dapatkan bahagian-bahagian dalam buku itu, saya boleh emailkan kepada anda. Contohnya, anda mahu tahu macam mana nak mengira ARAH dan tidak sabar menunggu buku edisi 3 pada jun nanti.

Berikut adalah langkah-langkah tempahan;
1. Bank-in RM10 akaun Maybank 512464228716 (eddy rosyadie).
2. kemudian emailkan kepada saya di qmas304@streamyx.com untuk dapatkan SALAH SATU daripada bahagian-bahagian berikut
a. Mengira Arah
b. Senarai Pola-pola nombor (3 serangkai)
c. Mengira Kitaran Tahunan
d. Senarai penuh kod-kod Graf Hayat (12 petak Zon).
e. Keterangan penuh Zodiak Barat dan China
f. Pengiraan dan Tafsiran Nilai nama (percuma perisian komputer RAHSIA NAMA dan NILAI NAMA).
3. Saya akan emailkan kepada anda. Bayaran adalah RM10 untuk setiap bahagian. Jika anda perlukan 3 bahagian, maka sila bank-in RM30. Jika anda perlukan kesemua 6 bahagian, sila bank-in RM60.

Namun diingatkan bahawa, nota-nota tersebut adalah dari edisi 2 yang lama, tapi bolehlah anda gunakan sementara menunggu nota edisi 3. Contohnya, dalam edisi 3, senarai pola-pola nombor (3 serangkai) akan ditambah dan diperkemaskan mengikut situasi.

Semoga cemerlang sentiasa.
Eddy Rosyadie
Pengasas Kaedah Astroumerologi Dinamik yang pertama di dunia.
Konsultan Perancang Halatuju Kehidupan dan Perniagaan
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 9:57 AM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Thursday, January 15, 2009
TEKNIK GRAF HAYAT MORFOMATIK
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tahun ini saya akan promosi Teknik Graf Hayat atas permintaan ramai; selepas Kursus Potensi Usahawan di Ipoh pada 1 Februari 2009 di GrandView Hotel, Jalan Horley, Ipoh. Ada rancangan untuk kursus di Meru, Klang atau di Setiawangsa/Desa Melawati nanti, tarikh belum ditetapkan lagi masih menunggu lebih ramai peserta kursus. Setakat ini ada beberapa orang. Harga mungkin sekitar RM100 - RM200 bergantung kepada tempat dll.

Teknik Graf Hayat ini sangat berkesan menceritakan tentang potensi anda. Cuba contoh di bawah ini, apakah graf hayat anda ada kod ini?

When Philanthropist meets Aggressor or Oppressor:
These syntheses symbolize addiction. He may be addicted to drug, cigarette, alcohol or cult.


--> sebab tu hidup jadi penagih dadah. Masa sekolah dah mula nak cuba dadah. Dah berpuluh kali masuk pusat serenti tapi tak sembuh2. Apakah ini kod untuk suami atau anak lelaki atau anak perempuan anda?

When Pioneer meets Terminator and/or Vacuumer: These syntheses symbolize frustration. He may be defected by his or her opponent or felt being ignorance.

--> sebab tu hidup selalu malang dan gagal, asyik kena kalahkan oleh kawan-kawan dan lawan.

Tapi, cuba lihat contoh dibawah ini (mahukah anda ada kod ini dalam hidup anda?)

When Martial Artist meets Treasurer: This synthesis symbolizes capitalism. He will be involved in mega-projects. He will probably hold a top position in an organization.

--> hidup sentiasa dapat projek besar2 dan jadi bos besar - sesuai untuk jadi macam Donald Trump.

When Treasurer meets Financier: This synthesis symbolizes wealth. He will be successful in banking business.

--> kaya daripada perniagaan berasaskan kewangan atau perbankan. Boleh jadi tycoon seperti Warren Buffet atau ambil alih jawatan CEO mana-mana bank!

When Treasurer meets Messenger or Mediator: These syntheses symbolize greeting and respect. His personal charm attracts my friends and followers. He will be a leader of an organization.

--> sentiasa dihormati orang dan ramai pengikut - sesuai untuk ahli politik atau artis.

Sebab itulah ada orang hidup sentiasa berjaya dan ada orang hidup sentiasa gagal. Berjaya atau gagal dijelaskan dalam Graf Hayat ini. Mahukah anda kod-kod yang untung sentiasa? Kini, kaedah Graf Hayat boleh membantu anda mendapatkan halatuju hidup yang lebih berkesan. Tanpa perlu guna jampi, azimat dan sebagainya sebab diri anda sudahpun tertanam tenaga yang berjaya. Jika diri anda telah tertanam tenaga gagal seperti contoh di atas memang sentiasa gagal walaupun pakai azimat sebesar gunung.

Teori tentang kaedah ini sudah ada cuma belum dapat dibuktikan untuk mereka yang sudah dilahirkan. Ianya berkesan jika seseorang itu memang dilahirkan dengan kod-kod berjaya tetapi anda yang sedang baca blog ini (tentu dah dilahirkan) yang memiliki kod-kod lemah atau mahu memiliki kod-kod berkuasa, kaedah mendapatkannya secara sintetik belum diuji. Ianya pernah diuji pada tahun 2007 untuk diri saya dan hasilnya bolehlah cukup-cukup (sebab masa tu belum tahu sepenuhnya ada kaedah ini).

Oleh itu, tawaran dibuka kepada sesiapa yang ingin memiliki kod-kod berkuasa (seperti contoh di atas) untuk dijadikan bahan ujikaji dan testimoni. Katakan anda mahu jadi ahli politik/artis yang sangat berkuasa, maka kod Treasurer meets Messenger diberikan kepada anda. Namun, tawaran ini terhad kepada 3 orang sahaja. Jika kaedah ini terbukti berkesan, maka tentunya ada harga tawaran tinggi akan dikenakan selepas ini (mungkin sekitar RM500 atau RM1000) kerana sangat sukar nak mengira dan mencari kod-kod ini perlukan masa yang banyak dan panjang dan jika berkuasa nanti tentu saya dah dilupakan :) kenalah caj awal-awal.

Sila email kepada saya dan nyatakan anda mahu berkuasa dalam bidang apa (bank? perundangan? artis nak menang AF7? bisnes dan lain-lain. Berikan maklumat nama penuh, tarikh lahir dan waktu lahir anda.

Untuk peserta kursus 1 Febuari di Ipoh, anda akan mendapat graf hayat percuma dan saya sedia bantu jika anda mahukan aplikasi graf hayat ini dalam hidup atau perniagaan anda. Dalam kursus itu memang telah ada satu bab tentang kejayaan daripada graf hayat.

Selamat Cemerlang.
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 5:20 AM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Thursday, January 8, 2009
KURSUS 1 FEBUARI GRANDVIEW HOTEL IPOH
Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Kursus Potensi Usahawan Pola Membina Perniagaan Berkesan akan dijalankan seperti berikut;



Tarikh : 1 Febuari 2009, Ahad

Tempat: Grandview Hotel, Jalan Horley, Ipoh - dkt Hospital Besar Ipoh & Dataran Ipoh

Masa : 9 pagi - 5 petang

Harga : RM200 (sudah diskaun Rm100, jika di KL harga kursus ialah RM300).

Daftar di sana jam 8.30 pagi

Sila bawa maklumat jam lahir

Juga, kalau ada, bawa sekali sijil pendaftaran syarikat (sijil SSM) utk periksa status syarikat.



Berminat, sila hantar nama SMS taip IPOH (nama) ke 0162379856



Percuma graf hayat, graf arah dan CD Nota.



Kandungan kursus:

1. Kenali bisnes yang sesuai dengan anda menggunakan konsep Model, Fungsi dan Pendekatan bisnes (kaedah lain sekadar cerita Model bisnes sahaja). Juga, melihat potensi pekerjaan dan rezeki yang sesuai.



2. Kenali arah sesuai untuk buat untung dan kenali arah untuk dielak gagal.



3. Kenali masa sesuai utk bina bisnes



4. Kenali teknik memilih nama sesuai - apa rahsia nama Sendayu Tinggi dan Air Asia?



5. Kenali kitaran tahunan - bila untung, bila rugi untuk dielakkan.



6. Contoh2 tarikh pendaftaran syarikat / tarikh lahir usahawan berjaya



7. Cara bisnes kad yg datangkan keuntungan.

8. Tarikh/ masa sesuai untuk daftar syarikat.

9. Cara pilih pekerja.

dan macam-macam lagi (rasanya 1 hari tak cukup tapi tak mengapa sebagai asas permulaan dulu).



BONUS TERBARU: Template / wafaq Petak untuk menjadikan syarikat anda untung selama-lamanya. Kaedah belum pernah diajar dan belum ada lagi di dunia ini. Jadi, peserta kursus Ipoh akan bakal ketahui rajah template ini (berdasarkan kombinasi tarikh lahir). Ada rahsia di sebalik ciptaan dan kegunaan template ini. Oleh kerana template ini sangat powerful, saya bakal merahsiakannya selepas ini (tok guru kenalah ada rahsianya tersendiri), cuma akan didedahkan di kursus Ipoh untuk test dan testimoni akan datang jika ianya benar2 menjadi!

nota: nanti kalau syarikat untung banyak, jangan lupakan saya ok! :) Ramai anak murid saya dah berjaya termasuk yang dalam suratkhabar setiap ahad tu dah beli kereta baru - menggunakan kaedah saya! Jadi, apa tungg peluang lagi!

Gunakan peluang ini untuk bina perjalanan kewangan / perniagaan lebih mantap. Individu-individu yang diberhentikan kerja/ cuti lama sebab gawat patut pelajari kaedah ini. Yang baru nak mula berniaga atau yang lama berniaga tetapi nak lebih untung, juga dijemput datang dan belajar. Janganlah berkata "tak apa, boleh tunggu bulan depan", "nantilah jumpa Encik Eddy dia kan masih hidup lagi", "ala, sms atau email je kat Encik Eddy" dsbnya, kerana anda rugi dari segi masa dan isi pembelajaran. Ingat, tahun 2009 ini tahun rezeki damai dan tahun 2010 dijangka ramai akan jatuh muflis. Jadi 2009 lah masa utk kumpul rezeki tapi janganlah bulan Disember 2009 baru nak belajar dengan saya dah nak habis tahun, bulan Febuari ni sangat sesuai sebah ia awal tahun dan banyak tarikh2 bagus dalam Febuari ini.

Jumpa anda di IPOH !
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 1:09 PM   1 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Saturday, January 3, 2009
TAHUN BARU 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat Tahun Baru 2009 serta Maal Hijrah 1430.

Tahun 2009 dikatakan mengandungi banyak elemen kekayaan terutamanya negara Malaysia yang berada di dalam kitaran 6 di tengah mata angin dan 6 di akhir hayat. Ekonomi dunia dikatakan berada di dalam keadaan baik dan selesa. Namun, serangan pihak Israel ke atas Palestin menjejaskan kedamaian tahun 2009. Pada tahun 2007, saya pernah mengumumkan bahawa tahun 2008 adalah tahun jangka pendek dan tidak sesuai untuk membuat risiko besar dan tahun 2008 menyaksikan banyak kejatuhan ekonomi pada akhir-akhir tahun. Jika dibuat pengiraan;

2 0 0 8
2 1
3
3 9
3

Anda lihat bahawa 3 berada di kedudukan akhir hayat iaitu 3 di situ melambangkan masalah kewangan. Dengan pola 393 iaitu berjangka pendek, tidaklah sesuai untuk membuat pelaburan jangka panjang atau menyimpan stok yang banyak. Pada tahun 2008, pola 393 iaitu berjangka pendek menyaksikan ramai orang berpindah; saya sendiri berpindah ke rumah baru dan Pusat aktiviti Kelab Sains Metafizik juga 4 kali berpindah. Juga, lihatlah pola 333 iaitu rasa marah, dendam yang ada pada tahun 2008 lalu. Memang tahun 2008 tahun yang keliru, resah dan marah serta tak ada duit!

Tahun 2009 pula

2 0 0 9
2 9
2
4 2
6

Nah, lihatlah angka 6 dibawah tu menunjukkan potensi untuk kekayaan. Walaupun ada yang berkata kemelesetan ekonomi tetapi ada ruang di celah-celah kemelut itu. Yang menjadi masalah ekonomi itu ialah kerana kejatuhan sistem kewangan konvensional tetapi sistem kewangan Islam tidak terjejas langsung. Oleh itu, ruan kekayaan ada pada sistem kewangan bercorak Islamik. Juga, pola 222 yang banyak iaitu pola wanita (ramai wanita berada pada kedudukan tinggi cthnya PM Bangladesh yang baru) dan ianya juga pola air (mungkin banjir besar) serta masalah darah (denggi/Chikungunya?). Pola 426 ialah pola pendidikan, oleh itu pendidikan mendapat tempat yang baik tahun 2009. Kebetulan ekonomi dunia meleset, banyak industri yang terpaksa memberhentikan atau merehatkan pekerja, inilah masanya untuk membuat latihan! Melatih para pekerja yang diberhentikan, manakala pekerja yang bercuti panjang ambillah peluang untuk belajar kemahiran baru.

17 Januari menyaksikan pilihanraya kecil yang pertama untuk tahun 2009. Ini untuk menguji kitaran siapa yang kuat. Pada tahun 2009, UMNO dan BN berada di dalam kitaran yang kurang baik (8 dan 5) dan memanglah kalah kepada PKR dan PAS yang berada di dalam kitaran yang baik (9). Tapi tahun ini, PAS dan PKR berada di dalam kitaran 1 (kitaran "perit" lihatlah konflik yang berlaku dalam PKR sekarang) manakala UMNO dan BN berada di dalam kitaran yang selesa (9 dan 6). Namun, untuk pilihanraya kecil KT nanti, kitaran untuk calon2 pula terbalik. Untuk calon BN berada di dalam kitaran yang kurang baik berbanding dengan calon PAS yang mempunyai kitaran yang sangat jelas baik. Oleh itu, agak sukar untuk menjangkakan siapa yang menang - ini bergantung kepada rakyat - apakah mereka memilih berdasarkan parti (jika ya, BN lebih berpotensi menang) atau mereka memilih berdasarkan calon (jika ya, PAS lebih berpotensi menang). Sentimen rakyat yang akan menentukan, tetapi daripada pengalaman kajian kami, kemungkinan kitaran individu lebih menentukan, oleh itu PAS berkemungkinan menang. Bagaimana cara pengiraannya ? Nantikan keputusan 17 Januari saya akan beritahu jika PAS menang. Tapi jika BN menang, itu sesuatu yang diluar lingkungan sebab saya tidak mempunyai maklumat-maklumat lain seperti jam kelahiran calon-calon dan sebagainya.

Untuk tahun 2009, pihak Kelab Sains Metafizik akan melancarkan promosi lebih besar dengan beberapa produk yang menarik serta menyediakan insentif atau komisen. Cadangan untuk masuk radio, TV, suratkhabar serta laman web sedang dirancang. Mungkin kami agak perlahan berbanding dengan promosi agresif anak murid saya di Harian Metro, tetapi kami tidak mahu terburu-buru dengan tindakan kami.

Nantikan program-program untuk tahun 2009 nanti;

1 Feb - Ipoh - lokasi akan diberitahu nanti - Seminar Potensi Usahawan dan Membina Perniagaan Berkesan menggunakan nama, tarikh lahir dan waktu lahir.

15 Mac - Shah Alam atau KL - Konvensyen Sains Metafizik - dapatkan maklumat terbaru tentang penemuan terbaru kami;

- Petak Pendua
- Kitaran Perlakuan Harian
- Kitaran Perlakuan Jam
- Kitaran Perlakuan Handphone
- Kitaran Perlakuan Alamat Rumah, Nombor Plat Kereta dsbnya.

Kali ini, kami telah menemukan kaedah bagaimana menggunakan rajah segitiga untuk mengira perlakuan seseorang pada hari tertentu (bila orang itu demam - pola 347, bila orang itu kena tipu - pola 459, bila pola orang itu tersesat - pola 189) dan sebagainya. Serta membina rajah segitiga untuk mengetahui perlakuan seseorang berdasarkan nombor handphone dan plat kereta. Dengan cara ini, anda tidaklah perlu bergantung sangat dengan tarikh lahir untuk mengetahui pergerakan dan perlakuan seseorang. Kaedah ini amat berkesan jika anda baru berkenalan dengan seseorang dan tidak tahu tarikh lahir dia, tetapi dengan mengira handphone dan plat kereta anda sudah tahu apa sedikit sebanyak potensi dia. Ini sesuai untuk para sales dan marketing yang mencari prospek dan sebagainya.

Oleh itu, kaedah kami sudah "advanced" dan kami menjemput semua penggemar malah pengamal Rajah Segitiga termasuk yang pernah belajar di Harian Metro itu untuk menambahkan pengetahuan anda.

bermula tahun 2009, saya akan memperkenalkan kaedah Petak Digit Pengiraan Tarikh. Cara pengiraan sama cuma saya tidak lagi menggunakan Rajah Segitiga kerana tidak sesuai digunakan untuk membaca pola 3 rangkai. Rajah Segitiga sesuai untuk membaca pola 1 atau 2 rangkai yang asas sahaja. Lagipun, ramai orang kini cuba mengaku Rajah Segitiga itu hak milik mereka. Rajah Segitiga juga tidak memberikan ruang untuk melihat nombor bakat dan nombor tengah arah mata angin, yang sebenarnya sangat penting dalam membuat tafsiran yang lebih tepat. Anda akan dapat melihat petak digit itu nanti dalam buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan yang bakal dikeluarkan nanti serta pengumuman di dalam Mingguan Wanita nanti. Tetapi, dalam seminar2 tahun 2009, Petak Digit telah mula digunakan.

NOTA: PETAK DIGIT ADALAH HAKMILIK CIPTAAN EDDY ROSYADIE. Barangsiapa yang menggunakan petak ini bagi tujuan latihan atau konsultansi tanpa kebenaran bertulis serta bayaran royalti akan dikenakan tindakan undang-undang. Barangsiapa yang cuba mengaku Petak Digit itu adalah hakmilik beliau maka beliau adalah pendusta. Untuk tahun 2009, saya akan cuba dapatkan hakcipta untuk karya-karya saya yang selama ini telah diciplak oleh individu tertentu dan kemudian mengaku pola 3 rangkai adalah hakmilik beliau.

Saya akan cuba bergerak ke Kuantan dan Batu Pahat nanti setelah mendapatkan tempat latihan yang sesuai. Bandar-bandar lain saya masih mencari tempat latihan yang berpatutan. Mungkin ke Kota Tinggi sekali lagi? Kena tanya Twister Club nanti (www.twisterclub.blogspot.com)

Buku-buku yang dijangka diterbitkan 2009;
1. Cinta, Jodoh dan Perkahwinan- kini dalam semakan terakhir sebelum cetakan.
2. Kuasailah Diri Anda Edisi 3 - mungkin Jun
3. Kuasailah Diri Anda Edisi 1 Indonesia - mungkin Febuari.
4. Potensi Usahawan - mungkin Ogos
5. Potensi Kesihatan - mungkin September
6. Potensi Kerjaya dan Bisnes Pilihan -Mungkin Oktober
7. Potensi Kewangan Pola Kekayaan - Mungkin November.

Untuk makluman, perkhidmatan konsultansi masih diteruskan, sila hubungi saya untuk membuat temujanji. Juga, seminar atau kursus sama ada secara umum atau persendirian boleh diaturkan. Dialu-alukan kursus persendirian tetapi di pejabat saya di Pekan Meru Klang.

Alamat:
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
Atas Bank BSN depan RHB Bank
Dalam 3 km dari Klang Sentral.

Kelas dan konsultansi di pejabat Setiawangsa masih ada untuk anda. Yang penting ialah mengatur tarikh dan masa yang sesuai dengan kehendak masing-masing serta mengatur atau customized pengajian yang diperlukan.

Jumpa anda di Ipoh nanti !
1 Feb 09 - Potensi Usahawan dan Membina Perniagaan Berkesan - 9 pagi ke 5 petang - cuma RM200 - berminat SMS taip IPOH (nama) dan hantarkan ke 016 379856.
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 5:56 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates