waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Sunday, September 28, 2008
Buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan

Assalamualaikum semua,


Selamat Menyambut Hari Raya Puasa dan Menyambut Bulan Syawal, bulan kemenangan.


Saya mengucapkan ribuan maaf zahir dan batin sekiranya selama ini saya ada berbuat salah atau silap kepada sesiapa para peserta atau pelanggan, rakan-rakan seperjuangan dan sebagainya. Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua di atas segala bentuk sokongan dan penglibatan yang diberikan selama ini. Saya pohon perhubungan kita akan kekal ceria selama-lamanya. Mudah-mudahan perjuangan kaedah ini akan terus dapat membantu anda semua dan ahli keluarga untuk mencapai kecemerlangan yang lebih berkesan dalam kehidupan, kesihatan, kerjaya dan perniagaan.


Bagi pihak konsultan Kelab Sains Metafizik Malaysia dibawah pengurusan Evidences Management Resources (Setiawangsa, KL) kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Selepas raya ini, kami akan memulakan semula aktiviti latihan dan konsultansi secara intensif sekerap setiap bulan. Pejabat kami di Setiawangsa, kemudian dengan cawangan di Bandar Baru Salak Tinggi dan mungkin satu lagi cawangan di Pekan Meru, Klang. Pejabat-pejabat mini tersebut adalah untuk memudahkan anda mendapatkan perkhidmatan latihan atau konsultansi. Kami juga sedang dalam proses untuk membuka cawangan di Shah Alam dan beberapa tempat lain juga luar Selangor nanti. Jika anda memerlukan perkhidmatan, sila hubungi kami.


Aktiviti selepas raya;

9 November 2008 -Bandar Baru Salak Tinggi - Seminar Usahawan Percuma (sama seperti di K Klub tempohari). Masuk percuma 9 pagi - 5 petang. Daftar taip ST sms ke 016 2379856. Tempat terhad 30 orang.


16 November 2008 - Desa Melawati, KL atau Shah Alam (belum confirm lagi) - Seminar Kesihatan dan Kerjaya/ Bisnes Pilihan - Sesi pagi Kesihatan percuma atau RM50 untuk hadiri kedua-dua sesi pagi dan petang. Daftar taip PK sms ke 0162379856.


Setiap bulan:

Kursus Mini Kaedah Astronumerologi Dinamik di Pejabat Setiawangsa, KL

2 hari (Asas) / 3 hari (Lanjutan) / 4 hari (Tinggi) - harga antara RM200 - RM250.

atau Kursus Intensif Lanjutan Asas (sehari) RM350.

Hubungi Encik Zaini: 0192676727

Juga, di Pejabat Bdr Baru Salak Tinggi - hubungi Encik Eddy: 016 2379856

Pejabat Meru, Klang - akan diberitahu kelak


MAJALAH POTENSI
Dapatkan Majalah POTENSI terbaru setiap bulan untuk mendapatkan pembacaan tentang kaedah astronumerologi dinamik khusus untuk usahawan !

BUKU VERSI INDONESIA
Manuskrip buku versi Indonesia telah dihantar ke Jakarta untuk alihbahasa dan jika tiada halangan apabila siap kelak akan diterbitkan seluruh Indonesia (akan diberitahu kelak). Buku tersebut diterbitkan dalam 6 siri. Siri yang pertama ialah asas dan tafsiran Rajah Segitiga (sekitar 100 mukasurat).



BUKU TERBARU: CINTA JODOH DAN PERKAHWINAN.
Saya kini dalam proses separuh jalan untuk menyiapkan buku CJP lanjutan daripada Seminar JCP lalu, buku setebal 300 m/s ini bakal menemui anda mungkin Disember 2008 ini mengandungi tips dan pengetahuan menggunakan kiraan astronumerologi dinamik seperti rajah segitiga, graf morfomatik dan sebagainya.

Buku ini akan terdapat dalam dua versi;

1. Versi Nasional
Jika tiada halangan, buku ini bakal diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbit ke seluruh Malaysia. Harga buku mungkin sekitar RM15 dan boleh didapati di semua kedai buku.

2. Versi Terhad
Buku ini akan diterbitkan oleh saya sendiri dan tempahan perlu dibuat terus kepada saya sahaja (nanti akan diberitahu). Harga buku ini mungkin sekitar Rm100 kerana kos cetak tinggi dan juga terdapat beberapa seksyen istimewa tambahan. Bezanya versi ini ialah
a. Percuma CD dan graf morfomatik. CD mengandungi beberapa perisian mudah untuk digunakan sebagai kajian lanjutan. Ianya lebih kurang sama dengan CD Seminar CJP di Shah Alam dahulu tetapi akan diberi tambahan khas lagi.
b. Penjelasan penggunaan graf morfomatik untuk perkahwinan yang lebih mendalam.
c. Tafsiran tambahan untuk pola-pola nombor yang dikemaskini.
Tambahan di atas tidak dapat dibuat untuk Versi Nasional disebabkan oleh beberapa masalah protokol dan kos oleh penerbit, oleh itu buku Versi Nasional disasarkan RM15. Namun, masih melibatkan pengiraan dan tafsiran asas serta tips cinta, jodoh dan perkahwinan yang sama dengan Versi Terhad.

Versi Terhad juga akan dihadkan penerbitan sebanyak 50 buah sahaja kerana buku itu bakal mengandungi dan mendedahkan banyak ilmu yang tidak dapat dicari di tempat lain serta untuk memberi kelebihan kepada individu yang memiliki buku ini berbanding orang lain.

Tunggu penerbitan buku ini nanti!

Salam sejahtera dan selamat maju jaya sentiasa !
Eddy Rosyadie
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 6:08 AM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Friday, September 12, 2008
SEPTEMBER 2008


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kita kini berada di pertengahan bulan September dan pelbagai kemelut dan konflik
berlaku kebanyakkannya berlaku dalam tahun 2008, tahun "8" yang penuh cabaran.
Daripada maklumat sains metafizik lain, banyak yang memberikan petunjuk bahawa
tahun 2009 bakal mempunyai potensi yang lebih baik dan sejahtera. Mudah-mudahan
ianya membantu semua yang mungkin kini "kesempitan" dek kerana tahun "8" ini.

Artikel saya dalam MW minggu ini ada membuat soalan kajiselidik tentang pandangan
masyarakat tentang tekanan yang berlaku tahun ini. Hampir semua responden memberikan
jawapan yang sama - Tertekan. Paling banyak responden ialah masalah perkahwinan dan
diikuti masalah kewangan.

Insyallah, seminar tentang peningkatan potensi kewangan akan diadakan dan seminar tentang
perkahwinan juga bakal dianjurkan. Dengan seminar ini, semoga ianya membantu masyarakat
untuk membuat strategi yang lebih berkesan untuk tahun 2008 nanti.


AKTIVITI:
Seminar Pengenalan di Unit Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur pada 20 Ogos 2008.
Gambar di atas dirakamkan bersama para kakitangan jururawat di Unit Pediatrik. Ianya
satu pengalaman yang sangat berharga buat saya dan peserta. Sudah 10 tahun saya tidak
ke sana, jika dahulu kerana urusan penjualan barangan kelengkapan hospital, HKL adalah
salah satu tempat "port" saya. Mungkin kerana saya memiliki pola 459, iaitu terlibat di dalam
dunia perubatan/penyembuhan/pemulihan, maka dapatlah merasa berinteraksi dengan para
kakitangan perubatan.

Di dalam seminar tersebut, ramai peserta dilihat sangat teruja dengan kaedah ini, ramai yang
belum mengetahui kewujudan kaedah ini, sama ada mereka tidak sempat atau tidak perasan di dalam MW. Insyallah, jika ada rezeki, kita bertemu lagi !
Lihatlah saya dikelilingi wanita, itulah penangan pola 222 yang saya miliki. Tahun 2009 juga
dijangkakan sebagai "tahun wanita" maka tentunya para wanita disarankan untuk
memainkan peranan yang lebih proaktif untuk menonjolkan potensi mereka. Kepada usahawan wanita, gunakan media seperti majalah sebagai satu cara untuk anda diperkenalkan lebih luas.
Tahun 2009 juga bakal menyaksikan peningkatan untuk pendidikan, terutamanya yang berkaitan agama. Maka, ambillah peluang ini untuk lebih menyerlah di dalam dunia atau industri pendidikan.
BUKU:
Buku versi lengkap (RM200) telah habis stok dan tamat penerbitan. Stok versi intensif (RM100) masih ada 8 unit sahaja lagi dan selepas itu akan tamat penerbitan.
Edisi baru mungkin akan dikeluarkan 1-2 tahun lagi. Buat masa ini buku berkaitan perihal Jodoh, Cinta dan Perkahwinan sedang dalam proses manuskrip. Selepas itu, buku tambahan kepada edisi sedia ada akan dikeluarkan. Saya masih berhutang dengan beberapa penerbit untuk beberapa buah manuskrip, jadi saya agak kesuntukan masa jika ada sesiapa yang menghantar email, SMS atau telefon dan menerima jawapan balas yang lewat. Mohon maaf.
Nantikan buku serta seminar-seminar yang akan dibuat selepas raya nanti.
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA !

Jumpa lagi nanti.
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 12:31 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates