waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Monday, March 24, 2008
Testimoni

Petikan akhbar Harian Metro Ahad 23 Mac 2008
Puan Siti Solehah, Shah Alam, Selangor
Dahulunya seorang penjual nasi lemak dengan
pendapatan RM1,000, kini telah mengumpul
pendapatan RM78,000.


Sebulan yang lalu, di blog ini dipaparkan email daripada Puan Siti Solehah
seorang usahawanita yang berjaya di dalam satu industri perniagaan berasaskan
IT. Ini adalah usaha beliau untuk mengubah kehidupannya dan salah satu
kaedah yang telah digunakan ialah kaedah arah kejayaan secara dinamik yang
beliau pelajari daripada saya pada tahun 2006. Ketika itu kaedah ini dibuat secara
promosi pada harga RM100 dan ketika itu kaedah ini lebih kepada statik pada
tahap 1.


SMS yang dihantar kepada saya awal tahun mengatakan beliau mendapat
income RM29K, kemudian email sebulan selepas itu mengatakan beliau
mendapat income RM50K dan kini bulan Mac income beliau adalah RM78K !
Bermodalkan ikhtiar, doa, sikap mahu berubah, redha serta bimbingan kaedah ini,
beliau berjaya sampai ke tahap ini.

Tahniah kepada beliau.

Nota: Anda bakal berjumpa dengan beliau pada seminar sains metafizik
pada 6 April nanti di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam untuk dapatkan
tips untuk berjaya, serta lihat sendiri testimoni kejayaan pengguna kaedah saya.
(Jika anda belum mendaftar, sila sms MP (nama) ke 016 2379856).

Ini adalah salah satu bukti bahawa kaedah ini bukanlah sesuatu yang mengarut dan
menyeleweng daripada agama dan budaya. Kaedah ini adalah sains penyelidikan kajian
kelakuan, kitaran dan pola kejadian.

Jika sebelum ini ada individu yang pernah merendah-rendahkan kaedah ini, maka mungkin
mereka itu perlu merenung kembali apa yang pernah mereka lakukan untuk
membantu masyarakat berjaya.
Jika anda pernah membaca kisah kejayaan Puan Nora pula, beliau pernah rugi RM700,000
sebelum ini! Manakalah Puan Siti Solehah pula tidak perlu rugi untuk berjaya, tetapi terus
boleh berjaya dengan kaedah ini.


Jika anda mahu berubah untuk lebih cemerlang di dalam hidup, ambillah peluang ini
untuk mengenali potensi diri dan seterusnya membuat strategi untuk
mencipta halatuju hidup menuju kecemerlangan !

Tentunya, menggunakan kaedah saya - Jumpa anda semua 6 April nanti.
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 9:54 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sunday, March 16, 2008
PESANAN BUKU


BUKU KAEDAH GABUNGAN TEKNIK
ASTRONUMEROLOGI DINAMIK
yang pertama di dunia!



AKAN DILANCARKAN PADA

6hb APRIL 2008

DI HOTEL CARLTON HOLIDAY, SHAH ALAM

Sempena Seminar Sains Metafizik 2008 nanti!

Dapatkannya pada harga diskaun

pada hari pelancaran.




Tajuk buku:
KUASAILAH DIRI ANDA! KAEDAH KENALI POTENSI DIRI UNTUK MENCIPTA
STRATEGI HALATUJU HIDUP BERKESAN KE ARAH KECEMERLANGAN
(DIRI, KELUARGA, KESIHATAN, KERJAYA DAN PERNIAGAAN).
secara kajian penyelidikan pola dan kitaran berasaskan sains metafizik tarikh,
waktu lahir dan nama.

Percuma sekeping graf hayat, graf tenaga dan CD.

Buku ini tidak akan dijual di kedai buku dan kuantiti adalah terhad untuk mengekalkan
tahap eksklusif rahsia kaedah ini. Ianya khusus kepada peminat kaedah ini sahaja.



Kenapa Perlu Memiliki dan Membaca Buku ini?

Buku ini dihasilkan daripada beberapa kumpulan kajian tentang potensi diri serta pengalaman daripada kehidupan sebenar; satu-satunya buku seumpama ini yang menggabungkan pelbagai pendekatan dalam satu buku berbahasa Malaysia. Anda tidak perlu tercari-cari lagi, semuanya ada di sini di dalam satu buku, menjimatkan masa dan tenaga anda. Jalan pintas untuk berjaya ! Kaedah ini telah dipelajari dan digunakan oleh ramai usahawan, orang kenamaan, para selebriti, pelajar, doktor, jurutera, guru agama, pensyarah dan sebagainya daripada pelbagai umur dan bangsa. Mereka telah melangkah kepada kejayaan setelah memahami potensi diri mereka. Kini, anda patut memiliki buku ini kerana inilah giliran anda pula mencipta strategi untuk berjaya seperti mereka !

Buku ini telah disediakan secara komprehensif untuk memberi pendedahan kepada anda tentang kaedah yang unik untuk mencipta strategi yang berkesan untuk berjaya di dalam hidup iaitu kenali potensi diri secara sains metafizik kajian tarikh lahir. Semua orang sudah maklum bahawa kajian tarikh lahir telah wujud semenjak ribuan tahun dahulu dan kini kajiannya dikemaskini serta ditapis untuk memenuhi keperluan dan budaya orang Asia supaya lebih relevan. Kandungan buku ini diolah dengan bahasa yang mudah difahami dan disertakan pelbagai latihan praktikal supaya anda mampu menggunakan ilmu ini terus kepada diri sendiri.

Buku ini merangkumi aspek personaliti, kerjaya, kesihatan malahan jodoh dan gabungan pasangan, memberi bimbingan kepada pembaca untuk menggunakan kaedah ini dengan lebih mahir, memberi jalan penyelesaian alternatif dan unik untuk menyelesaikan masalah serta membuat keputusan yang lebih mantap dan memberi panduan kepada anda untuk membuat peningkatan, pencegahan dan perubahan di dalam kehidupan.

Seringkali ramai orang gagal dan mahu mencari jalan penyelesaian. Buku ini mampu memberikan panduan yang mantap malahan digunakan untuk mencegah kegagalan jika anda benar-benar mahir menggunakan kaedah-kaedah yang dianjurkan di dalam buku ini.

Testimoni pengguna kaedah ini: “Hidup saya banyak berubah dengan pertolongan encik”. "Because by attend your last course now I can earn RM10K++”. “Bisnes saya makin membuahkan hasil positif”. ”Rasa macam hidup semula. Bermakna rasa kehidupan ini”. “Saya dah tenang sekarang”. "Terima kasih anda sudah sejukkan suasana panas rumahtangga saya”.”Saya syukur dapat belajar jadi saya tidak terduduk terperanjat dengan nasib”."Sudah dapat income RM29 ribu dalam masa 2 minggu.”



posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 10:49 PM   4 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

PENGUMUMAN TERKINI
PENGUMUMAN TERKINI

PERSIDANGAN SAINS METAFIZIK 2008
Di jemput semua hadir ke seminar persidangan sains metafizik 2008
bertempat di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam
(belakang Tesco Shah Alam) pada Ahad 6 April 2008 mulai
jam 9 pagi hingga 5 petang.
Bayaran RM50 seorang.
Sila bawa waktu jam lahir yang tepat.
Untuk hadir, sila sms MP ke 016 2379856

Aktiviti:
1. Perkembangan terbaru.
2. Motivasi dari pakar-pakar.
3. Testimoni kejayaan
4. Cabutan bertuah
5. Jualan buku – edisi lengkap & edisi intensif
6. Sesi konsultansi
7. Jualan graf-graf
8. Sesi networking
9. Dan pelbagai aktiviti ilmu.


KURSUS INTENSIF 12 APRIL DI JAKARTA
Kepada penduduk Jakarta dan sekitarnya, dijemput hadir
kursus intensif mulai jam 9 pagi – 6 petang.
Sila hubungi Ibu Rosma di telefon berikut
Handphone: 87870007500
Pejabat: 2184931844
Dapat percuma: graf hayat, graf tenaga, CD, T-shirt, keahlian dll.


KURSUS INTENSIF 23 MAC DI KL
Dijemput hadir untuk sesi kursus intensif di rumah Kelab
Sains Metafizik di Mutiara Homes, depan The Curve Damansara
RM350 mulai 9am hingga 5 petang.
Dapat percuma: graf hayat, graf tenaga dan CD.
Berminat: sms ke 016 2379856.
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 10:34 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sunday, March 9, 2008
Analisis Pilihanraya Umum ke-12 (PRU-12) Malaysia 2008 secara Kaedah Sains Metafizik Astronumerologi Dinamik

Keputusan pilihanraya yang mengejutkan, itulah yang diperkatakan oleh ramai orang. Ada yang sedih dan ada yang tersenyum. Daripada kaedah Sains Metafizik Astronumerologi Dinamik yang digubah saya nampaknya pelbagai perkara yang dijangka hampir menetapi sasarannya.

1. Kemenangan Barisan Alternatif – gelombang kuning.

Tahun 2007 lepas, saya telah umumkan bahawa warna paling bagus untuk tahun 2008 adalah warna kuning. Beberapa bulan selepas pengumuman saya itu, tidak disangka Perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur menggunakan warna kuning. Beberapa hari sebelum PRU 12 telah kedengaran khabar angin mahukan penyokong BA memakai warna kuning kerana ”Gelombang Kuning” melanda ”Gelombang Biru”.

Oleh yang demikian, individu atau organisasi yang menggunakan warna kuning pada tahun 2008 mendapat ”keuntungan”. Di satu cerita berkaitan, tahun ini syarikat Mydin di Kuala Terengganu mencatatkan keuntungan jualan tertinggi di seluruh kalangan rangkaian Mydin di Malaysia. Ketua negeri Terengganu iaitu DYMM SPB Sultan Mizan adalah Yang Dipertuan Agong sekarang iaitu warna kuning, tentunya rezeki ini melimpah ke negerinya juga.

2. Kejatuhan Dato’ Seri S Samy Vellu.

Tahun ini beliau berada di dalam Kitaran 3 dan biasanya individu yang berada di dalam kitaran ini berada di dalam keadaan yang kurang baik, resah, keliru dan boleh menyebabkan tertekan.

3. Kekalahan teruk UMNO.

Organisasi UMNO berada di dalam kitaran 8 pada tahun ini, tentunya tahun 2008 membawa situasi teruk kerana kitaran 8 memang dikenali sebagai kitaran Tahun Tekanan (Year of Depression).

Bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr. Mohd Khir Toyo pernah menyatakan di dalam sebuah akhbar (sebelum PRU 12) bahawa tahun 2008 membawa ”ong” bagus kepada Selangor kerana banyak nombor 8 iaitu 8 penggal beliau di kerajaan dan berbagai perihal 8 lagi. Namun, angka 8 ini sebenarnya membawa padah. Memang ramai orang sukakan nombor 8 kerana kepercayaan bahawa 8 bawa ”ong” tapi kajian penyelidikan saya tidak pula menunjukkan sedemikian, nombor 8 membawa keuntungan jika digunakan pada situasi dan cara tertentu sahaja.

4. Kemenangan besar PKR.

Tahun 2008 adalah tahun kitaran 9 untuk parti PKR dan tentunya daripada kajian penyelidikan kaedah ini mendapati individu atau organisasi yang berada di dalam kitaran 9 selalunya dapat bawa tawaran baik serta kejayaan. Saya rasa semua orang mengetahui keputusan untuk Nurul Izzah dan Datin Seri Dr. Wan Azizah dan ramai lagi pemimpin PKR.

5. Kemenangan besar PAS.

Parti PAS memakai warna hijau dan secara metafora warna hijau melambangkan pokok kayu. Tahun 2008 adalah tahun Yang EARTH Rat, iaitu tahun Tikus untuk polariti EARTH (tanah). Secara analogi, pokok kayu mencengkam atau menguasai tanah, lalu tahun ini PAS menguasai tahun ini dengan kemenangan.

6. Kemenangan Khairy Jamaluddin di Rembau, Negeri Sembilan.

Arah Khairy daripada Putrajaya ke Rembau adalah arah bernombor 7, iaitu arah ramai pengikut. Beliau telah pergi ke arah yang betul untuk mendapatkan kemenangan.

7. Melaka dan Negeri Sembilan – arah Barat Daya.

Tahun lepas saya mengumumkan tahun 2008 adalah tahun kurang baik untuk arah barat daya dan arah ini ialah sekitar Melaka dan Negeri Sembilan. Sehingga kini terdapat banyak kes kemalangan dan tragedi berlaku di arah tersebut. Namun, bagaimana ini boleh dikaitkan dengan kemenangan? Ini adalah kerana untuk tahun 2009, arah Barat Daya adalah arah yang menguntungkan pula. Tentunya, dengan kemenangan majoriti BN di negeri-negeri tersebut menunjukkan telah berlaku turning point, tahun 2009 bakal terdapat pelbagai keuntungan kepada mereka yang tahu mengambil kesempatan.

8. Parti Gerakan tewas di Pulau Pinang.

Tan Sri Koh Tsu Koon berada di dalam kitaran 5 untuk tahun 2008 iaitu Tahun Terhalang (Year of Obstacles) jika betul tarikh lahir beliau adalah 14 Ogos 1949. Sepertimana kes Dato’ Seri Samy Vellu (Kitaran 3) dan UMNO (Kitaran 8), kitaran 5 juga adalah satu kitaran tahun yang agak membebankan.

9. Manifesto yang menguntungkan.

Barisan Alternatif menggunakan isu harga barangan dan isu berkaitan perihal kos. Tahun lepas saya ada mengumumkan bahawa tahun 2008 adalah tahun ”orang sangat berkira”, jadi perihal kos dan harga memainkan isu penting tahun ini dan BA telah mengambil peluang ini dengan baik.

10. Tahun Cermin untuk Pak Lah.

Tahun 2008 adalah tahun cermin untuk Pak Lah (kod 2828). Tentunya tahun ini adalah satu tahun yang menyerlah untuk beliau, ianya membantu Pak Lah kekal sebagai tampuk utama walaupun beberapa siri kekalahan berlaku di sekitarnya. Lagipun tahun ini beliau berada di kitaran 2, iaitu kitaran rangkaian, jadi ini membantu beliau untuk kekal cemerlang di tahun 2008 ini.

Ada banyak lagi analisa boleh dilakukan, yang penting ini bukannya ramalan halus berupa firasat mimpi atau dari asap kemenyan. Ianya adalah hasil daripada kajian secara penyelidikan daripada pola-pola (patterns) dan kitaran (cycles) peristiwa yang didapati daripada internet dan akhbar-akhbar. Data-data itu dianalisa dan dibuat unjuran, sepertimana ramalan kaji cuaca yang menggunakan data-data suhu dan kelembapan serta pola pergerakan angin, walaupun tidak tepat namun ianya adalah sains kajian penyelidikan dan banyak kelebihan menggunakannya secara sains.

Jumpa anda di PRU-13 nanti pada tahun 2012. Kepada parti politik serta individu yang bakal bertanding, belajarlah dari kesilapan ini – ANDA PERLU ADA STRATEGI yang lebih baik untuk menang (faktor kitaran, jangka masa, arah dan sebagainya). Mana-mana pihak sama ada Barisan Nasional (jika mahu menang semula) atau Barisan Alternatif (jika mahu menang lebih banyak) di tahun 2012, sudi-sudilah menggunakan kaedah sains metafizik astronumerologi dinamik ini! Barisan Nasional ada harapan besar (jika tahu caranya) dan Barisan Alternatif ada peluang baik (jika tahu caranya juga).

posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 11:59 PM   1 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Wednesday, March 5, 2008
PREVIEW PROGRAM
KAEDAH KENALI POTENSI DIRI
UNTUK MENCIPTA STRATEGI
HALATUJU BERKESAN KE ARAH
KECEMERLANGAN HIDUP
(DIRI, KELUARGA DAN PERNIAGAAN)
sains metafizik astronumerologi dinamik
PERTAMA DI DUNIA!
DOWNLOAD

posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 6:50 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates